KELDAI DAN TUAN PUNYA KELDAI KINI BERPERANG BESAR

Pejuang juga akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi mereka atas tiket Bersatu pada PRU ke 14 lalu. Lantas nampaknya Muhyddin yang dahulunya dilabel sebagai ‘keldai’ Mahathir, kini akan ‘diperangi’ oleh tuannya sendiri.

BUKA PINTU KEPADA BUKAN-MELAYU; LEBIH BAIK BUBARKAN SAHAJA BERSATU

Perkara yang menjadi racun pada wajah Bersatu ialah ‘bayang-bayang Mahathir’ yang masih menghantui parti itu sehingga UMNO tidak mahu menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya membuka pintu yang luas untuk PN menyertai Muafakat Nasional, kesatuan yang telah diikat dengan piagam janji-setia antara UMNO-PAS. Di tengah-tengah kemelut penguncupan serta layunya bunga Bersatu, UMNO telah berlapang dada untuk menerima TS Muhyiddin kembali ke pangkuannya. Dengan keterbukaan UMNO yang sedemikian tulus, amatlah baik bagi TS Muhyiddin membubarkan terus Bersatu dan menarik ahli-ahlinya untuk bersama dengan UMNO.

DEDALU DI PRK DUN SLIM

Walau bagaimanapun jika perkara asas penubuhan parti belum lagi terlaksana mengapakah puak ini masih terhegeh-hegeh meletakkan calon, ibarat dedalu memanjat induk sehingga ke pucuk, sedangkan akar tidak mencecah tanah. Dalam konteks PRK DUN Slim, kami melihat calon proksi Mahathir sebagai calon dedalu atau jika tidak, ia hanyalah tikus bagi eksperimen Mahathir. Pastinya mereka tidak rabun untuk menyedari bahawa sudah empat penggal DUN Slim adalah milik UMNO-BN, manakala calon lawan UMNO adalah PAS yang kini sudahpun berada dalam satu kesatuan Muafakat Nasional.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: