ADA YANG BUKA PINTU BELAKANG

Cukuplah dengan naratif ‘pintu belakang’ yang menjijikan daripada ‘pintu belakang seks songsang’ kepada ‘pintu belakang’ kerajaan PN yang menamatkan 22 bulan pemerintahan kerajaan kakistokrasi PH. Sekarang ini bukan ketikanya rakyat dihidangkan dengan naratif politik songsang sedemikian, sebaliknya inilah masanya kita tuntas bertekad, komited dan serius tanpa dolak-dalek untuk melawan Covid19.

JANGAN JADIKAN RAKYAT SEPERTI BONEKA

Semua sedar bahawa sektor perkilangan memberi pekerjaan kepada rakyat marhaen, tetapi inilah masanya kerajaan membantu rakyat dengan bantuan kewangan dalam jumlah yang wajar, supaya mereka diberikan cuti bergaji, atau alternatif lain, mendahulukan mereka dalam program vaksinasi KKM. Anehnya dalam kegawatan kadar vaksinasi yang rendah di seluruh negara, tiba-tiba Menteri Kanan Ekonomi membenarkan lebih 95 ribu syarikat perkilangan dengan anggaran 1.2 juta pekerja untuk terus beroperasi di tengah-tengah ‘total lockdown’ PKP 3.0. Adakah terminologi ‘total lockdown’ itu hanya sekadar satu sandiwara atau retorik politik yang cuba diselitkan di tengah-tengah Proklamasi Darurat?

UMNO TERPERANGKAP KERANA AHLI PARLIMENNYA DITUDUH LEMAH, BUKANNYA PN YANG TERUK

Bagi sesetengah penganalisis politik, tudingan jari kepada menteri daripada UMNO untuk menutup kelemahan PN, adalah perangkap untuk melemahkan UMNO pada PRU15 nanti. Meskipun terdapat beberapa Ahli Parlimen UMNO dalam kabinet PN yang diterajui Muhyiddin, namun dalam hal perencanaan dan penentuan dasar negara dalam hala tuju menangani Covid19, adalah terletak pada setiap ahli kabinet dan menjadi tanggungjawab PM untuk menerajuinya seterusnya membawa kepada proses pelaksanaan. Lebih-lebih lagi apabila proklamasi Darurat dilaksanakan, penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN, tanpa mengambil kira pandangan ahli parlimen pembangkang apabila sidang parlimen digantung. Rakyat pasti tidak lupa bahawa menteri-menteri yang penuh dalam kabinet Muhyiddin Yassin pada hakikatnya adalah menteri-menteri PH juga yang telah dicop sebagai menteri kakistokrasi yang teruk dan gagal semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.

BERSATU AKAN KALAH TERUK PADA PRU15 -MAHATHIR

Hari inipun nampaknya rakyat sudah muak dengan kepimpinan TS Muhyiddin sebagaimana terlihat pada kritikan-kritikan pedas terhadap krisis kewangan negara, penggunaan dana KWAN, hutang negara yang meningkat, kadar pengangguran yang naik mendadak, kos sara hidup melambung, serta tindakan proklamasi ‘Darurat’ yang dilihat sebagai cuba menyelamatkan Bersatu Muhyiddin.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: