SIAPAKAH PM BERIKUTNYA?

Besar kemungkinan semua kemelut yang melanda politik negara hari ini kembali kepada keadaan asalnya dengan TS Muhyiddin juga yang menjadi pilihan, sedangkan PRU15 amat mustahil diadakan dalam masa terdekat. Oleh itu, sama ada melalui ‘Usul Undi Percaya’ atau ‘Usul Undi Tidak Percaya’ terhadap TS Muhyiddin@Mahiadin Yassin, terdapat kemungkinan ia akan kembali kepada tangannya semula sebagaimana bidalan orang Utara, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga.”

GERAKAN KHIANAT JATUHKAN MUHYIDDIN DARIPADA PIHAK DALAM

Shahrir berkata, dua kem yang didakwa sedang menggerakkan usaha berkenaan adalah pihak dalaman Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan menteri Umno dan Bersatu manakala sebelah pihak lain adalah Pakatan Harapan (PH) yang mengimpikan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun beliau berkata, gerakan membabitkan menteri Umno itu tidak mendapat restu pimpinan tertinggi parti.

SEMUA MAHU DARURAT DITAMATKAN KECUALI MUHYIDDIN-PN

Daripada data statistik yang dikeluarkan KKM pada 13 Januari berbanding 29 Mei 2021 (semalam), dapatlah dilihat dengan jelas bahawa jumlah kes jangkitan, jumlah kumulatif kes dan jumlah kumulatif kematian telah meningkat mendadak dan hampir menegak. Amatlah signifikan untuk menyatakan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebagai strategi mengekang pandemik Covid19 tidak berkesan dan gagal. Malahan daripada kadar peningkatan kes baharu sebanyak 202.2%, peningkatan kumulatif kes jangkitan sebanyak 286.5% manakala jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 370.7%, jelas sekali pelaksanaan ordinan Darurat dengan objektif untuk menyekat Covid19 telah gagal.

KENAPA MUHYIDDIN-PN DIAM SAHAJA KETIKA DIKECAM MEDIA ANTARABANGSA?

Perkara yang amat memalukan apabila Reuters juga memetik kenyataan Muhyiddin yang mengiakan bahawa dia menerima tohmahan bahawa dia adalah PM yang ‘bodoh’. “Saya tahu betapa susahnya mengurus tadbir, tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.” Sama ada ia adalah atas desakan netizen, rakyat, pakar kesihatan, tekanan politik di luar parlimen, atau hakikat jangkitan Covid19 yang gagal diperangi, kerajaan PN tidak boleh membiarkan negara dimalukan oleh media antarabangsa sedemikian. Sewajar PN menjawab segala kecaman media antarabangsa itu kerana ia membawa dampak yang besar terhadap persepsi pelabur asing, kecualilah PN sebenarnya memperakui bahawa negara ini dipimpin oleh PM yang “bodoh” sebagaimana yang diperakuinya. Segala reaksi media luar itu mencemarkan nama PN dan memberi amaran bahawa PN akan jatuh tersungkur pada PRU15 nanti.

WordPress.com.

Atas ↑