Sedangkan isu kewangan dan perbelanjaan kerajaan untuk membina lima kapal kombat pesisir yang dibangkitkan oleh Pengerusi PAC daripada DAP, dilihat menyeleweng daripada prinsip pembentangan kewangan kerana Pengerusi PAC bukan akauntan bertauliah yang ada keabsahan untuk membincangkan isu tersebut. Lantas ia dijadikan bahan untuk ‘political mileage’ atau batu loncatan untuk survival pemimpin politik DAP.
ISU LCS HANYA SATU LAGI MODEL FITNAH PH UNTUK MENANG PRU15
Sebagaimana kempen PH sebelum PRU14, dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang disebarkan melalui medsos, di samping mengadakan perhimpunan untuk menarik perhatian pengundi dan rakyat, maka begitulah apa yang tersirat dalam agenda membangkitkan isu pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang telah dimulakan sejak 2014 ketika BN berkuasa. Modus operandi mereka kali ini adalah memfitnah bahawa Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan Bousted Naval Shipyard hanyalah wujud dalam kertas, sebagaimana Lim Guan Eng melaksanakan projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang kini menjadi kes rasuah yang sedang dalam perbicaraan. Selagi PRU15 tidak diadakan segera, maka selagi itulah momentum fitnah dan pembohongan PH-DAP akan terus dilambakkan dalam media baik media arus perdana, mahupun media sosial.
KAKI FITNAH NEGARA KANTOI LAGI DALAM ISU PEMBINAAN KAPAL KOMBAT PESISIR PANTAI
Dia memfitnah bahawa melalui siasatan dalaman PAC ke atas projek tersebut, setakat tahun ini (2022) telah menelan belanja RM6 bilion meskipun tidak ada satu kapal perang berjaya disiapkan. Sejurus selepas PRU14, pengerusi LTAT, pengerusi serta CEO Boustead dan Panglima Tentera turut ditukarkan oleh kerajaan PH untuk memasukkan kroni-kroni mereka. Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil. Siapakah yang ‘menang’ jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan dongeng projek terowong mereka untuk dijadikan "skandal BN".
WAJARKAH SRI RAM DIANGKAT SEBAGAI PENDAKWARAYA KE ATAS KES DS NAJIB?
Daripada pendedahan TS Ali Apandi, pertamanya jelas bahawa apabila Sri Ram diangkat menjadi pendakwaraya, dia telah dikongkong oleh ‘preconceive idea’ atau ‘prasangka’ yang diindoktrinanikan oleh Tun Mahathir Mohamad. Tindakan tergesa-gesa mengheret Najib ke mahkamah dibuat hanya beberapa ketika setelah PH menang PRU14, lebih menonjolkan masuk campur politik dalam badan kehakiman negara atau lebih tepat dikatakan sebagai dakwaan terpilih. Dengan itu adalah amat wajar, Sri Ram ditolak sebagai Pendakwaraya, kerana dalam pemikirannya tiada langsung ruang untuk menegakkan keadilan terhadap Najib, sebaliknya lebih merupakan desakan dan dorongan musuh politik DS Naib.