MUHYIDDIN MESTI LETAK JAWATAN PRESIDEN BERSATU, JIKA TIDAK MAHU BERKUBUR – PENGANALISIS

Lantas kedudukan Muhyiddin dalam kerajaan PN yang cuba didominasinya tidaklah kukuh sebaliknya goyah meskipun disokong oleh PAS setelah ahli-ahli parlimennya disogok dengan jawatan menteri dan kedudukan dalam GLC. Dengan sebab itu, Muhyiddin semasa menjadi PM sering diburu oleh ketakutan ‘usul undi tidak percaya’ daripada pihak PH. Di sinilah menurut penganalisis politik Malaysia, Muhyiddin telah melakukan kesilapan besar apabila mempergunakan Ordinan Darurat untuk mempertahankan kesinambungan hayat politiknya.

PEJUANG PIMPINAN MAHATHIR AKAN TERSUNGKUR DI PRN JOHOR

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Pejuang bertuah jika memenangi hatta satu kerusi di PRN Johor. Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan berkata, Pejuang akan bergelut untuk memenangi hati pengundi kerana parti itu tidak “sinonim” dengan Johor, tidak seperti UMNO, Bersatu dan MUDA. Pelbagai soalan terbangkit, adakah Pejuang mempunyai akar umbi di Johor? Adakah Pejuang mempunyai calon yang berwibawa dan berkaliber di Johor, malah adakah pejuang mempunyai penyokong daripada rakyat Johor sedangkan Mahathir sendiri telah mencatatkan rekod buruk atas hubungannya dengan DYMM Sultan Johor.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: