PEMIMPIN PKR SALAHKAN PH SEBAGAI PUNCA DUN MELAKA BUBAR

Adakah ia telah dirancang sejak Nohizam keluar dari DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas. Kini Norhizam seperti amat bahagia apabila PKR dikatakan sudi menerimanya sedangkan DAP melabelkannya sebagai pengkhianat.

IDRIS HARON TERJEBAK DENGAN PERANGKAP SENDIRI

Dalam keadaan negara sedang terkial-kial memerangi pandemik Covid19, nampaknya Idris seperti tidak mempedulikan keadaan dan situasi keselamatan rakyat yang amat kritikal. Kini keadaan menjadi kusut buat Idris apabila UMNO memecatnya dan Nor Azman Hassan manakala Bersatu pula memecat Effandi. Nampaklah sangat bahawa Idris sebenarnya kempunan hendak mendapatkan semula jawatan Ketua Menteri, setelah kerajaan PH runtuh, manakala jawatan tersebut diberikan kepada DS Sulaiman Md Ali. Malangnya, dia terperangkap dengan jebaknya sendiri, apabila UMNO memecatnya yang menjadikan masa depan politiknya kini kabur.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: