VIDEO- BERSATU GELABAH LAGI APABILA ZURAIDA DAN PENGARUHNYA AKAN KELUAR PARTI

Ahli MPT Bersatu, Dr Faiz Na’aman mendakwa, Zuraida seperti tidak wujud lagi dalam Bersatu apabila dia tidak menyertai delegasi kempen untuk Bersatu di PRN Johor. Pada Disember lalu, bekas Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad telah meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM dan membawa bersama 53,000 ahli Penggerak Komuniti Negara (PKN), sebuah NGO yang dikaitkan dengan Zuraida. Atau adakah Zuraida juga keberatan untuk meninggalkan Bersatu kerana diugut untuk diheret ke mahkamah sebagaimana Rozman Isli? Hanya Zuraida sahaja yang tahu.

BAPA PENGKHIANAT MARAH PENGKHIANAT APABILA DIA DIKHIANATI

Tindakan kepimpinan tinggi Bersatu ‘mengkhianati’ parti itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana di tengah-tengah gelombang terbubarnya DUN Johor, dua ADUN Bersatu telah mengesahkan ‘pengkhianatan’ mereka apabila mereka melihat Muhyiddin sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal Bersatu. Pengkhianatan Muhyiddin terhadap Mahathir adalah sesuatu tindakan yang amat parah sehingga dia wajar dilabelkan sebagai ‘bapa pengkhianat’ Bersatu kerana membawa padah kepada sistem pentadbiran negara, apabila pemerintah berubah-ubah dan mengakibatkan ekonomi negara tidak stabil sehingga ke hari ini. Tidak sekadar itu sahaja, Muhyiddin juga dikatakan menawar laba kepada sesiapa daripada parti lain yang mahu mengkhianati parti asal mereka untuk bersama dengan Bersatu. Di situlah datangnya katak-katak yang telah mengkhianati PKR dan juga UMNO untuk bersama dengan parti Bersatu yang penuh dengan pengkhianat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: