AWAL-AWAL LAGI ADUN BERSATU SUDAH MENGAKU KALAH

Namun amat aneh, apabila Rafiq mahu berpindah ke Teluk Mas sedangkan dia boleh memperoleh undi lebih besar sekiranya dia bertanding di Paya Rumput. Apabila PH tidak mahu menerima keempat-empat pembelot kerajaan Melaka itu, besar kemungkinan Norr Effendi akan bertanding atas tiket Bebas. Manakala PAS juga pasti mahukan kerusi DUN Teluk Mas kerana sokongan kepada calonnya agak tinggi meskipun mereka kalah pada PRU14. Bersatu hanya memang dua kerusi, PAS langsung tidak memenangi sebarang kerusi, manakala UMNO-BN telah memang 14 kerusi semasa PRU14. Kemenangan Bersatu-PH pada PRU14 bukanlah kemenangan yang benar-benar merupakan sokongan ikhlas pengundi, sebaliknya pengundi telah ditipu dengan janji palsu, fitnah dan pembohongan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: