PANDANGAN PEMIMPIN BERCANGGAH DENGAN PRESIDEN, BETULLAH JIKA ADA YANG KATA PAS PARTI CAP AYAM

Namun apa yang menjadi persoalan ialah tiada ketekalan pandangan antara Presiden PAS dan pemimpin bawahannya. Dengan DAP, PAS boleh bekerjasama selama 7 tahun, tetapi dengan sesama Islam seperti UMNO melalui MN, PAS hanya mampu bekerjasama selama setahun sahaja.

USAHA DALAMAN UNTUK KUBURKAN WARISAN NIK AZIZ DALAM PAS

PAS pula terkenal dengan parti yang kuat berdendam. Kini PAS mula menyisihkan Nik Abduh, yang merupakan ahli Parlimen Bachok, apabila anak kepada bekas mursyidul am, Almarhum Nik Aziz ini, dilihat begitu kuat menyokong kerjasama antara UMNO-PAS. Adakah Haji Hadi tidak mahu bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional kerana, idea kerjasama dengan UMNO ini adalah idea Nik Abduh? Walaupun Nik Abduh adalah pemimpin yang senior dalam parti PAS namun nama beliau tidak berada dalam senarai tokoh-tokoh Pas yang diangkat sebagai Jemaah Menteri mahupun Timbalan Menteri ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dan sekali lagi tidak tersenarai sebagai pilihan dalam senarai Menteri Kabinet ketika Ismail Sabri menjadi PM.

PERISYTIHARAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BEBAS ADALAH SATU TAMPARAN KEPADA PAS

Khairuddin adalah antara beberapa pemimpin PAS, selain Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mempertahankan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, meskipun Hadi Awang seperti cuba menamatkan kerjasama dengan UMNO. Perisytiharan Khairuddin sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu tamparan libas kepada TS Hadi Awang yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan terkini di PRN Johor setelah menang satu sahaja kerusi DUN daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

RASIONAL PENGGUGURAN JAWATAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AJK PAS PUSAT MESTI DIPERJELASKAN

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempersoalkan mengapakah PAS Pusat tidak menyatakan dengan terperinci alasan pengguguran Khairuddin dalam kepimpinan AJK Pusat? Sehubungan dengan isu pengguguran Khairuddin, bekas pemimpin PAS, Raja Kamarul Bahrin Shah membidas sikap pemimpin atasan PAS yang tidak demokratik, malahan demokrasi dalam PAS sudah mati.

VIDEO – HADI AWANG DIPUTAR-BELIT MUHYIDDIN YANG MAHU MN JADI KELDAI PN

Mesej Muhyiddin ialah bukannya BERSATU menyertai Muafakat Nasional tetapi Muhyiddin arahkan Muafakat Nasional supaya menyertai Perikatan Nasional. Sudah terang lagi bersuluh, Muhyiddin mahu UMNO dan PAS berdiri sebagai parti inferior, manakala Bersatu dan dia sebagai Pengerusi PN adalah kuasa superior. Tidakkah strategi Muhyiddin itu seperti mahu menebuk bahtera MN sebagaimana ucapan Hadi semasa PRK Tanjung Piai?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: