KENAPA KEM. PEND. SUAP RM15 JUTA KEPADA BUAYA HIDUP SEDANGKAN ANAK KANDUNG KEBULURAN?

Jika dahulunya pada era PH, mereka mahu menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah seluruh negara, sekarang pemimpin cauvinis sebegini, secara senyap menyalurkan dana RM15 kepada sekolah yang tidak diiktiraf oleh sistem pendidikan negara. DAP telah mengambil kesempatan, memperakui bahawa merekalah yang memperjuangkan peruntukan tersebut, dan kemudiannya kaum Cina akan mengundi DAP yang mengakibatkan negara lintang-pukang, huru-hara, sehingga mereka cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rom untuk melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, membenarkan murtad, serta hak keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera sebagaimana PH berkuasa selama 22 bulan dahulu. Sekiranya peruntukan dana tersebut telah diluluskan pada 19 April 2021 yang merupakan urusan kerajaan di bawah kuasa Muhyiddin yang telah tumbang, maka selayaknyalah ia ditarik balik, kerana Dong Zong dianggap sebagai musuh perpaduan negara dan tidak harus dilayan kehendak mereka.

DAP MAHU TIMBALAN SPEAKER JENIS MULUT BUNTUT AYAM

Pemimpin DAP yang mereka pilih adalah contoh terbaik samseng politik bagi bangsa DAP yang mereka sanjung kerana kehebatannya mengutuk mengeji sehingga menghina pemimpin di alam kubur. Adakah mereka lupa apa yang diujarkan oleh mulut biadap Nga Kar Ming yang diterjemahkan sebagai menghina sehina-hinanya Tun Dr Mahathir. Bukan sahaja dia ‘mendoakan’ kematian Mahathir tetapi dia juga menghina Mahathir di alam barzah.

VIDEO – TIDAK SERIKKAH KAUM MELAYU-ISLAM DENGAN DAP?

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming telah menyatakan bahawa DAP Perak sedia bekerjasama dengan UMNO, kononnya ‘demi kepentingan rakyat’.Pengerusi DAP Negeri Sembilan,  Anthony Loke berjanji bahawa DAP komited untuk bekerjasama dengan musuh ketat mereka UMNO, sekiranya UMNO mahu bekerjasama dengan PKR dalam strategi menamatkan kedudukan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM, mahupun dalam konteks kerjasama semasa PRU15 nanti. Adakah kaum Melayu-Islam mahupun pemimpin politik Melayu masih mahu membuka pintu untuk kerjasama dengan golongan rasis Cina sedemikian? Kaum Melayu hendaknya jangan mudah lupa bahawa DAP dan pemimpin hipokrit mereka amat tegar dengan propaganda memperbodohkan kaum Melayu, sehingga pemimpin mereka terbuka memperakui strategi mereka ‘use Malay to screw the Malays’. Dan rakyat lihat mereka berjaya menggunakan Tun Mahathir untuk mengganyang kaum Melayu.

DAP CUBA GUGAT HARMONI KAUM

DAP cuba menjadi juara apabila membangkitakan isu pengebumian mayat kaum bukan-Islam dengan alasan diabaikan oleh Majlis Keselamatan Negara. Timbalan Menteri Perpaduan Negara DS Ti Lian Ker menjelaskan bahawa isu pengebumian mayat bukan sahaja melibatkan kaum Cina sahaja, tetapi meliputi semua kaum kerana situasi penularan Covid19 dan langkah-langkah SOP PKP penuh ketika ini.

PM ‘TEMPELENG’ RONNIE LIU KERANA MENUNTUT UEC DIIKTIRAF

Melalui ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu, DAP menuntut TS Muhyiddin Yassin menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC yang selama ini tidak diperakui oleh kerajaan dan universiti awam kerajaan. Anehnya mengapakah Ronnie Liu, mengapa tidak Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, mengapa tidak pemimpin d’facto Lim Kit Siang atau Pengerusi Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin, atau Pengerusi Kebangsaan Tan Kok Wai atau Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo mahupun Naib Pengerusi Kebangsaan Tengku Zulpuri Raja Puji? Ronnie Liu hanyalah ADUN Sungai Pelek yang dilihat sebagai anai-anai DAP dan bukannya harimau sebagaimana Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Tengku Zulpuri.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: