WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT?

Tidakkah Mahathir merupakan ‘Bapa Kleptokrat’ apabila dana negara digunakan untuk ‘bailout’ syarikat perkapalan anaknya, kerjasama dengan kroninya dalam syarikat mega ‘Perwaja Steel’ tetapi syarikat itu muflis, kes Forex BNM dengan kerugian RM30 bilion yang dinilai sebagai RM100 bilion pada nilai semasa, isu muflis Maminco, kes BMF sehingga membabitkan pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim, dan banyak lagi yang penat untuk disenaraikan? Tidak seperti TS Muhyiddin yang apabila mengisytiharkan hartanya, telah diperakui mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh tetapi dia bukan datang daripada golongan hartawan, sebaliknya telah mengumpulkan hartanya ketika menjadi penjawat awam dan kemudiannya diangkat sebagai MB Johor. Lihatlah gelagat Muhyiddin yang didakwa menawarkan kedudukan pangkat kepada ahli politik untuk menarik mereka menyokongnya bagi mendapatkan sokongan majoriti, sebagaimana di dakwa oleh MP DAP dan PKR. Lantas, tidakkah Muhyiddin ‘menggunakan kuasa politik untuk memenuhi kekayaan dan kuasanya sebagaimana terkandung dalam definisi ‘kleptokrat’? Lain kali Muhyiddin kalau tidak tahu makna kleptokrat baiklah diam, dan cubalah buka kamus dan lihat apa makna kakistokrasi yang amat tepat untuk menggambarkan kerajaan PH Mahathir.

SAN MIGUEL MILIK MAHATHIR MERANCANG SECARA HALUS UNTUK MEMBELI PETRONAS CARIGALI

Sekiranya apa yang didakwa itu benar sebagai agenda tersembunyi Mahathir, maka benarlah gambaran George Soros bahawa Mahathir adalah ‘corrupt moron’ manakala Barry Wain, penulis ‘The Malaysian Marveric’ mendedahkan penyelewengan Mahathir dalam skandal Perwaja Steel yang melesapkan RM10 bilion, manakala MalaysiaToday melabelkan Mahathir sebagai ‘The Godfather of Corruption.’

SAN MIGUEL MILIK MAHATHIR MERANCANG SECARA HALUS UNTUK MEMBELI PETRONAS CARIGALI

Dua hari lalu, kami telah menerima kiriman artikel daripada seorang rakan. Agak menarik kerana fakta dalam artikel itu disertai dengan rujukan media yang mendedahkan agenda tersembunyi nepotisme rejim Mahathir yang mahu memiliki Petronas Carigali atau diterjemahkan oleh the Edge sebagai the ‘Golden Goose’ atau Angsa Emas (bermaksud Sesuatu yang Amat Berharga). Ia bukanlah berita yang... Continue Reading →

NEPOTISME ERA MAHATHIR DALAM TABUNG HAJI

Tahun 1998 adalah tahun kegawatan ekonomi apabila berlaku kejatuhan nilai mata wang yang melanda negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Bertambah malang bagi Malaysia apabila gejala kegawatan ekonomi itu bertindan pula dengan kemelut politik Mahathir-Anwar. Mahathir menuduh Anwar menyelewengkan wang negara dan ditambah pula dengan kes sodomi. Namun di sebalik itu, Anwar, sebagai Menteri Kewangan dan... Continue Reading →

VIDEO MAHATHIR PEMIMPIN KUKU BESI ZALIM DAN KEJAM

https://www.youtube.com/watch?v=Jq7fkePS0iU Dipetik dari YouTube https://www.youtube.com/watch?v=l5BnDJn6RlY Dipetik dari YouTube https://www.youtube.com/watch?v=0AhCglvMavg&t=29s Dipetik dari YouTube Gelagat Mahathir sebagai diktator (pemerintah zalim kuku besi) terulung Malaysia terdedah terang-terangan bak kata bidalan Melayu ‘sudah terang lagi bersuluh’. Lihat sahaja undang-undang rimba dengan agenda ‘political assassination’ yang digunakan secara wewenang terhadap pemimpin tertinggi UMNO dengan tujuan membunuh UMNO, parti Melayu yang... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: