Peguambela DS Najib Tun Razak yang baharu dilantik, Datuk Zaid Ibrahim, yang juga merupakan bekas Menteri Undang-Undang, mengemukakan hujahnya bahawa terdapat dua faktor utama, mengapa Mahkamah Persekutuan harus gugurkan kes SRC, yang telah membangkitkan keraguan ke atas pendakwaan serta hukuman yang telah dijatuhi ke atas tertuduh oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
SELEPAS NAZLAN, PENDAKWARAYA, GOPAL SRI RAM PULA DIDAKWA MENERIMA DANA 1MDB
Sekiranya Gopal pernah diarahkan oleh Mahathir supaya memujuk Apandi Ali yang ketika itu adalah Peguam Negara, maka dunia dan penghuninya yang waras pasti tahu siapakah orangnya. Sewajarnya sebagaimana yang pernah disarankan oleh beberapa pemerhati dan penganalisis politik, DS Najib hendaklah dibebaskan, kesnya ditutup atau dibicarakan semula dengan memberikan perhatian serius kepada integriti para hakim dan pendakwaraya yang mengendalikan kes.
DS NAJIB SEWAJARNYA DIBEBASKAN DAN KES DIBATALKAN
Maka, janganlah terkejut jika kes DSNR ini diumumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dan dikemukakan kepada khalayak. Sebagai kesan kolateral, jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan, kerana kertas siasatan SPRM dan Polis telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan sehingga kini. Inilah fakta ‘national embarassment’ yang sepatutnya menjadi manipulasi pihak konspirator yang mahu menjatuhkan DS Najib, dan bukannya klise ‘perompak Bugis’, ‘kluster mahkamah’ dan ‘kleptokrat’ sebagaimana selalu mereka jaja terutamanya Muhyiddin, Mahathir, pemimpin PAS, DAP dan blok pembangkang yang lain.
VIDEO – BALACI KONSPIRASI SUDAH PANIK, QC AKAN PANTAU UNDANG-UNDANG RIMBA LEGASI PH
Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!
SIAPA KATA HAKIM KEBAL TERHADAP SABITAN JENAYAH?
Sedangkan institusi DiRaja sekalipun terbuka untuk dipersoalkan oleh undang-undang serta sempadan tindakan dan kedudukan yang diimbangi antara hak dan tanggungjawab raja-raja sebagai Ketua Utama Negara mengikut perisytiharan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Malahan sebelum ini pun sudah ada kes Hakim dan pegawai badan perundangan didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam kes rasuah.