DAP DAN PKR BERBALAH KERANA PARTI UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE@MUDA

Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka kerana daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan muda, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’. Jika dia adalah parti 'United Democratic Alliance', maka siapakah yang menjadi entiti 'alliance'nya itu selain daripada Democratic Action Party@DAP?

RETAK PADA PH MENANTI BELAH

Mungkin DS Anwar merasakan amat wajar menggunakan logo PKR, kerana logo itulah yang membawa kemenangan kepada PH semasa PRU14. Kini terbangkit pula isu kemanjaan Syed Saddiq yang mengendeng-ngendeng DAP dan Amanah untuk mendapatkan kerusi mudah-menang di Johor. Kehadiran Warisan pula membangkitkan kemarahan DAP kerana Warisan akan bertanding di kawasan yang didominasi oleh kaum Cina.

MUDA-MUDA LAGI SUDAH BELOT RAKAN

Anwar mengeluh bahawa PKR tiada masalah dengan rakan-rakan dalam PH kerana masing-masing berpegang teguh kepada semangat setiakawan, tetapi nampaknya berbeza dengan MUDA. Inilah tipikalnya tingkah laku Syed Saddiq yang kerap dilihat emosional dan mudah terbawa-bawa dengan penampilan ‘memberontak’ kononnya mewakili golongan MUDA. Sebaliknya rakyat hanya melihat sikap bebalnya sahaja. Walau bagaimanapun Pengerusi Penerangan Amanah, Khalid Samad telah memberikan jaminan bahawa Amanah akan menyokong PKR sekirannya berlaku pertembungan dengan MUDA.

MUDA ADALAH ‘BAYI YANG MASIH MENYUSU’ DAN AKAN MEMBESAR SEBAGAI KELDAI POLITIK

Kini kehadiran MUDA dalam PH bukan menjadi faktor memperkukuhkan lagi gabungan itu tetapi membangkitkan kecelaruan dan liabiliti kepada PH. Awal-awal lagi Syed Saddiq sudah isytiharkan perang dingin dengan PKR manakala dia sendiri mempunyai kes rasuah dan penyelewengan dana. Sebagaimana dakwa Presiden PAS, MUDA hanyalah dicipta oleh DAP untuk memancing undi golongan muda Melayu. Tidakkah sama maksudnya bahawa MUDA akan hanya berperanan sebagai keldai DAP?

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: