TAUKE KATAK TIDAK BERSEDIA HADAPI PRU15 TAHUN INI

Setelah Rang Undang-Undang Akta Anti-Lompat Parti 2022 diluluskan dan dimaktubkan oleh Dewan Rakyat, parti PPBM@Bersatu yang didominasi oleh ‘katak-katak politik’ menjadi kepanasan, apatah lagi setelah beberapa ahli parlimennya meninggalkan parti menjelang PRU15 ini. Bertambah tertekan apabila agenda tersembunyi Muhyiddin untuk menubuhkan khemah besar bersama-sama dengan PH, Pejuang dan Warisan ditolak mentah-mentah oleh mereka semua. Muhyiddin sebenarnya gelabah, malah dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara selepas PRU15 untuk memberikan tumpuan kepada zaman tuanya. Tafsiran yang tersirat daripada perakuan Muhyiddin itu ialah, dia tidak mempunyai keyakinan akan dapat mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen pada PRU15 ini.

ANWAR TIDAK MENGAKU DIA MENDAPAT LAYANAN ISTIMEWA DI PENJARA SEPERTI TAIKO MAFIA

Lantas, memang benarlah sekiranya Anwar meminta rakyat tidak membandingkan layanan penjara ke atas dirinya dengan DS Najib Tun Razak, kerana dia dipenjara kerana perbuatan yang amat hina, dan dengan putar belit dan lakonannya, dia telah mendapat layan yang istimewa bagaikan taiko mafia. Hakikatnya DS Najib tidak pandai berlakon dan putar belit apatah lagi menyogok pihak tertentu, malahan ramai percaya dia dipenjara kerana mahkamah dikawal oleh tangan ghaib yang amat dengki dan khianat.

TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA

Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan. Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir  Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM. Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.

GEMPAR BILA MUKHRIZ KATA MAHATHIR REFORMIS!

Reformis apa, apabila Mahathir suruh rakyat ikat perut menahan lapar, dan kemudian menghina rakyat sebagai pemalas? Reformis apa apabila dia membatalkan GST dan menggunakan sistem cukai lapok SST, sedangkan 160 di seluruh dunia telah melakukan reformasi pencukaian melalui GST di seluruh dunia bagi mengekang pembelotan cukai golongan kapitalis?

‘DAKWAAN TERPILIH’ PH TERSELAK SETELAH ZAHID HAMIDI DILEPAS-BEBAS

Orang awam dan pemerhati politik, tertanya-tanya adakah Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes VLN, kerana bukan Zahid sahaja yang disogok oleh UKSB tetapi ia juga melibatkan Mahathir setelah saksi ke-17 kes mendedahkan bahawa PM ke-7 itu juga disogok sebagai sumbangan politik sejumlah RM2.6 juta melalui anak saudaranya TS Rahmat Abu Bakar. Selain Mahathir, TS Muhyiddin Yassin juga telah menerima RM1.3 juta, manakala pemimpin UMNO yang kini merupakan Menteri Kabinet PN juga telah menerima sogokan selain Mohd Shafie Apdal, Anifah Aman, Chan Kong Choy dan Ong Ka Chuan yang juga turut disogok oleh pihak UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) secara langsung atau melalui proksi. Situasi campur tangan politik PH dan kini PN sebagai gagasan Hybrid PH yang turut mengendong legasi Mahathir, masih amat bahaya kepada UMNO-BN kerana Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin dan Ketua Hakim Negara masih merupakan lantikan Mahathir, manakala Menteri Undang-Undang dan Ketua Polis Negara adalah lantikan Muhyiddin.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: