Selepas ini apakah lagi kebobrokan pihak yang bersekongkol menganiaya dan menzalimi DS Najib akan terdedah dan terbongkar. Rakyat masih ingat ketika Hamzah mencerca musuhnya dengan kenyataan “Jika kepala ikan sudah busuk maka busuklah ikan itu sehingga ke ekornya”. Sekarang rakyat sedang memerhatikan ikan manakah yang hakikatnya busuk dan sedang berenang dalam kolam najis.
KETEGASAN ANWAR MELAWAN JERUNG-JERUNG RASUAH DISOKONG PENUH
Tidak hairanlah jika pihak tertuduh yang gelabah dan tidur tidak lena, telah kehabisan modal dan dengan alasan tempang menuduh kerajaan dan SPRM melaksanakan dakwaan terpilih. Anwar menegaskan bahawa arahan kepada badan penguatkuasa seperti SPRM adalah menyeluruh dan tidak kepada parti tertentu, apatah lagi individu tertentu.
PINTU UNTUK TUN MAHATHIR BERSAMA PH TERTUTUP RAPAT, HANYA PINTU MAHKAMAH YANG TERBUKA LUAS UNTUKNYA
Kenapakah Mahathir bertindak seperti desperado, sehingga mencanangkan propaganda politiknya yang amat songsang apabila dia mengatakan bahawa dia adalah manusia yang ‘baik’. Tanyalah siapakah pemimpin politik utama pembangkang yang tidak pernah disumbatnya ke penjara Kamunting dengan menggunakan akta drakonian ‘ISA’ semasa Mahathir berkuasa?
KAKI FITNAH NEGARA KANTOI LAGI DALAM ISU PEMBINAAN KAPAL KOMBAT PESISIR PANTAI
Dia memfitnah bahawa melalui siasatan dalaman PAC ke atas projek tersebut, setakat tahun ini (2022) telah menelan belanja RM6 bilion meskipun tidak ada satu kapal perang berjaya disiapkan. Sejurus selepas PRU14, pengerusi LTAT, pengerusi serta CEO Boustead dan Panglima Tentera turut ditukarkan oleh kerajaan PH untuk memasukkan kroni-kroni mereka. Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil. Siapakah yang ‘menang’ jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan dongeng projek terowong mereka untuk dijadikan "skandal BN".
ANWAR LUPA SIAPA KLEPTOKRAT YANG DIA SERANG PADA 1998 TAPI DIA AMPU PADA 2018
Tanpa menghiraukan kekecewaan pejuang reformasi, Anwar telah bersekongkol dengan bapa segala kleptokrat sebagaimana didakwa oleh rakannya sendiri iaitu George Soros dalam Bankok Post, serta Barry Wain dalam bukunya Malaysian Marverick. Semasa mengetuai kerajaan PH, Mahathir kata dia perlukan dua tahun sebelum melepaskan jawatannya kepada Anwar, tetapi kleptokrat itu terus mahu menjadi PM sehingga ke hari ini dan akan bertanding pada PRU15 nanti.