ISU ANUGERAH HARTANAH KERAJAAN KEPADA NAJIB HANYA PROPAGANDA PH TARIK UNDI PRN MELAKA

Nampak sangat serangan Tun Mahathir dua hari sebelum PRN Melaka, adalah merupakan strategi beliau untuk mengubah sokongan pengundi PRN Melaka kepada BN-UMNO dan memenangkan pihak Bersatu atau tidak pun PH, asalkan bukan BN-UMNO. Malahan nilai RM100 juta hartanah itu hanyalah rekaan portal berita propembangkang. Tapi nampaknya strategi orang tua itu gagal kerana, rakyat menolak PH-Bersatu-PN kerana terdapat persoalan yang lebih besar lagi daripada isu hartanah anugerah kepada bekas PM.

LABEL ‘KLUSTER MAHKAMAH’ HANYALAH PROPAGANDA

Hari ini setelah pemimpin PH-Mahathir termasuk Muhyiddin melaksanakan ‘dakwaan terpilih’ semasa mereka berkuasa, mereka wujudkan label ‘kluster mahkamah’ terhadap UMNO, sedangkan Lim Guan Eng juga adalah tertuduh dalam kes rasuah yang masih berlanjutan, manakala Anwar, Mat Sabu, Lim Kit Siang adalah mereka yang termasuk dalam ‘kluster banduan’. Tegas Shahrir, SPRM sepatutnya diletakkan di bawah Parlimen, satu badan yang bebas berkecuali dan profesional tanpa campurtangan politik. Lantas, tepat sekali apabila DS Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan bahawa label ‘kluster mahkamah’ sebagai satu modus operandi PH yang dijadikan propaganda pembunuh karektor atau ‘character assassination’ musuh-musuh politik Mahathir-PH-DAP. Hari ini setelah pemimpin PH-Mahathir termasuk Muhyiddin melaksanakan ‘dakwaan terpilih’ semasa mereka berkuasa, mereka wujudkan label ‘kluster mahkamah’ terhadap UMNO, sedangkan Lim Guan Eng juga adalah tertuduh dalam kes rasuah yang masih berlanjutan, manakala Anwar, Mat Sabu, Lim Kit Siang adalah mereka yang termasuk dalam ‘kluster banduan’.

SANUSI TUNJUK BUKTI PEMINDAHAN RM13 JUTA KE AKAUN BARCLAYS

Berdasarkan dokumen berkenaan, berlaku empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM13 juta ke dalam akaun Barclays Bank pertamanya sebanyak RM3.29 juta, kedua RM3.31 juta dan ketiga RM3.30 juta, manakala slip terakhir RM3.27 juta. Adakah dokumen yang dikemukakan oleh Sanusi itu merupakan satu perangkap yang sengaja dipasang untuk membangkitkan kelemahannya, dan kemudian membawa kepada kejatuhannya. Masakan begitu bodoh sekali bagi pihak terdahulu meninggalkan butir-butir pemindahan wang tersebut yang pastinya akan membangkitkan isu kontroversial? Jika tidak, mengapakah Mukhriz berani mencabar, sedangkan butir pemindahan terbukti ada dalam fail MB Kedah terdahulu?

KERAJAAN PH KEDAH AKAN TUMBANG

Awal pagi 6 Mei, media maya dikejutkan dengan berita kerajaan Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir yang dikatakan akan kehilangan kuasa majoriti ADUN apabila terdapat ADUN PKR negeri yang akan beralih sokongan. Sebelum ini Mukhriz dikritik dan difitnah menjadi dalang kepada isu serangan ke atas Ustaz Ebit Lew yang proaktif membantu golongan miskin yang terjejas sara hidup... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: