BAGUSLAH MUHYIDDIN SEDAR DIA AKAN TERSUNGKUR PADA PRU15 NANTI

Sebelum ini TS Muhyiddin Yassin gelabah ke sana-sini, cuba mengkhianati PAS apabila mengadakan pertemuan sulit dengan PH, Warisan dan juga pemimpin Pejuang untuk membentuk ‘khemah besar’ kononnya bagi menghadapi PRU15, bagi mengalahkan BN. Namun Muhyiddin gagal mendapatkan kerjasama Mahathir, Shafie dan juga Majlis Presiden PH yang lebih suka melabelkannya sebagai pengkhianat yang telah mencabuli mandat rakayt dengan ‘Langkah Sheraton’ yang telah menumbangkan Mahathir dan ketajaan PH. Dua hari lalu, heboh apabila portal media melaporkan bahawa Muhyiddin telah meluahkan isi hatinya serta rasa pesimistiknya bahawa dia akan kalah pada PRU15 nanti.

ERA KERAJAAN KATAK SUDAH BERAKHIR DENGAN LULUSNYA RUU ANTILOMPAT PARTI, TAPI KATAK MASIH TUNTUT JAWATAN TPM

Apa gunanya mahu melantik TPM sekiranya penggal Parlimen sudah menghampiri hujungnya, ibarat kata, “apa gunanya memasang layar jika perahu sudah sejengkal di pelabuhan”? Malah kelulusan RUU Anti Lompat Parti adalah signal bahawa penggal Parlimen ke-14 ini akan dibubarkan, dan pilihan raya akan diadakan untuk ‘reset’ semula kerajaan ‘tebuk atap’ yang telah berjaya menyingkirkan PH.

VIDEO – MAHATHIR BAPA KATAK POLITIK MALAYSIA?

Beberapa hari ini setelah RUU Anti-Lompat Parti dibentangkan di Parlimen, Mahathir menjadi gelabah kerana parti baharu yang ditubuhkannya iaitu Pejuang ketandusan wakil parlimen, kecuali dia dan anaknya Mukhriz. Bagaimanakah dia hendak memenangi dan mendapatkan kedudukan yang relevan dan signifikan baik sebelum mahupun selepas PRU15, sedangkan partinya hanya mempunyai dua sahaja ahli Parlimen, iaitu dia dan anaknya?

MAHATHIR TERIMA SOGOKAN UKSB RM2.6 JUTA: RAKYAT SUKA MELIHAT DIA JADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH

Selama ini Dr Mahathir sering menjaja dalam siri penghinaannya terhadap DS Najib sebagai perompak, lanun, kleptokrat, kluster mahkamah dan apa sahaja yang dia rasa ‘enak’ untuk melampiaskan kebenciannya terhadap DS Najib. Hari ini meletup sebagaimana dilaporkan oleh KiniTV ekoran perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi, nama Dr Mahathir disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) oleh saksi perbicaraan. Ramai yang mahu melihat Mahathir berada dalam kandang tertuduh, kerana sebelum ini sudah ramai yang menjadi mangsa ‘dakwaan terpilih’ mahkamah era PH.

KASIHAN AZMIN ALI BILA ADIKNYA AKUI DIA TIDAK LAGI POPULAR, DAN DEDAHKAN TABIAT SEKS SONGSANGNYA

Jika orang luar menyerang Azmin, pastinya rakyat akan mengangkatnya sebagai fitnah dan retorik politik, tetapi apabila dua orang adik kandung mendedahkan amalan seks songsang, sehingga mengaitkannya pula dengan tingkah-laku isterinya, pastinya rakyat akan berfikir banyak kali.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: