Kata Kit Siang, “Adakah mungkin rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas? “Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?
KIT SIANG CUBA TAKUTKAN RAKYAT DENGAN STATUS MUFLIS SEBAGAIMANA SRI LANKA
Apabila pada 14 April lalu, kerajaan Sri Lanka mengisytihar ‘muflis’, tanpa tangguh-tangguh dengan pantas Kit Siang memanipulasi situasi di Sri Lanka sebagai serupa dengan gelombang ekonomi di Malaysia. Taktik ini buknlah perkara baharu kerana semasa PH berkuasa, anaknya Lim Guan Eng sudah menjaja bahawa negara akan muflis untuk menghalalkan tindakan Menteri Kewangan DAP menjual aset negara wewenangnya.