VIDEO – KLUSTER MAHKAMAH MENGALU-ALUKAN KEAHLIAN SYED SADDIQ

Kini, dalam usia semuda 29 tahun Saddiq sudah digelar kluster mahkamah dan pastinya keahlian Saddiq sebagai ahli kluster mahkamah dialu-alukan. Setelah tamat perbicaraan nanti, di manakah kedudukan Saddiq sebagai ahli politik? Adakah Saddiq akan menjadi ‘banduan’ sebagaimana label yang sering dijaja oleh Mahathir terhadap DS Najib?

JENAMA GABUNGAN TERBAHARU ‘MUAFAKAT UMMAH’ UNTUK JATUHKAN UMNO-BN PADA PRU15

Dari platform inilah terbentuknya ‘Muafakat Baharu’ yang mungkin dijenamakan sebagai ‘Muafakat Ummah’ atas saranan PAS, dengan agenda bahawa Melayu-Islam harus bersatu untuk memulihkan jurang perpaduan nasional, jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar serta kecelaruan politik akibat daripada lemahnya kuasa politik umat Islam.

JANGAN MENGARUT HENDAK HALALKAN GANJA SEBAGAI UBAT

Sekiranya anggaran peningkatan jumlah penagih yang dilaporkan oleh AADK pada 2015 ada validiti dan reliabilitinya, maka jumlah penagih di Malaysia pada hari ini adalah 3 juta. Lantas sedarlah, baik ganja mahupun ketum tidak akan membawa apa-apa kebaikan ekonomi sebaliknya lebih banyak menjerumuskan golongan belia ke kancah dadah.

PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: