VIDEO – LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA TANDA AWAL KESABARAN RAKYAT TIDAK TERBENDUNG LAGI

Sekiranya kemelut badan kehakiman ini berterusan nescaya rakyat akan bangkit menentangnya demi keluhuran dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Mungkin PRU15 ini merupakan permulaan kepada luahan rasa kesabaran rakyat yang tidak boleh dibendungkan lagi.

‘DAKWAAN TERPILIH’ PH TERSELAK SETELAH ZAHID HAMIDI DILEPAS-BEBAS

Orang awam dan pemerhati politik, tertanya-tanya adakah Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes VLN, kerana bukan Zahid sahaja yang disogok oleh UKSB tetapi ia juga melibatkan Mahathir setelah saksi ke-17 kes mendedahkan bahawa PM ke-7 itu juga disogok sebagai sumbangan politik sejumlah RM2.6 juta melalui anak saudaranya TS Rahmat Abu Bakar. Selain Mahathir, TS Muhyiddin Yassin juga telah menerima RM1.3 juta, manakala pemimpin UMNO yang kini merupakan Menteri Kabinet PN juga telah menerima sogokan selain Mohd Shafie Apdal, Anifah Aman, Chan Kong Choy dan Ong Ka Chuan yang juga turut disogok oleh pihak UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) secara langsung atau melalui proksi. Situasi campur tangan politik PH dan kini PN sebagai gagasan Hybrid PH yang turut mengendong legasi Mahathir, masih amat bahaya kepada UMNO-BN kerana Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin dan Ketua Hakim Negara masih merupakan lantikan Mahathir, manakala Menteri Undang-Undang dan Ketua Polis Negara adalah lantikan Muhyiddin.

MAJLIS PEGUAM SUDAH BERTUKAR MENJADI PARTI KOMPONEN PH?

Majlis Peguam nampaknya cuba mencabul hak DS Najib memohon pengampunan DiRaja dan bertindak cuba mempengaruhi DYMM Agong supaya menolak pengampunan baginda terhadap Najib. Sedangkan dalam kes Anwar, Mahathir secara solo telah bertindak wewenang mengadap DYMM Agong untuk mendapatkan keampunan Anwar yang lebih jelas merupakan ‘horse trading’ supaya Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri. Ia dengan jelasnya memperlihatkan gelagat ‘pilih bulu’ dalam isu yang mereka bela dan pertahan yang jelas menonjolkan sifat yang tiada maruah dan integriti seakan-akan Majlis Peguam adalah parti komponen PH yang tegar menyokong DAP.

VIDEO – BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SETUJU DAN SOKONG NAZLAN DISIASAT

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bersetuju dengan tindakan SPRM menyiasat Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas prinsip bahawa pihak berkuasa seperti SPRM hendaklah diberikan kebebasan untuk sebarang siasatan jenayah rasuah, sebagaimana kebebasan tanpa sebarang campur tangan ke atas badan kehakiman negara. Kebebasan yang diberikan kepada badan kehakiman tidak bermakna bahawa kebebasan itu termasuk kebebasan melakukan jenayah dan bebas daripada sebarang siasatan. Sudah ada banyak precedence apabila hakim didakwa oleh SPRM mahupun PDRM dan didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah.

(VIDEO) NAJIB RAZAK MANGSA KONSPIRASI POLITIK – CIKGU BARD

Apabila timbul keraguan terhadap hakim mahkamah, maka pembuktian tersebut menjadi cacat dan secara langsung kes ini tidak boleh disabitkan. Begitulah juga dalam kes Najib yang telah dibicarakan panjang hanya kerana assumption, dia assume sahaja “najib boleh gunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri”. Itu sahaja. Itu sudah cacat yang kemudian ialah banyak kenyataan-kenyataan saksi yang sebenarnya membuktikan bahawa ia boleh membawa kepada satu konspirasi itu memang wujud.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: