Tertonjol sangat cacamarba pentadbiran Bersatu apabila Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan mengutuk PH di Batu Pahat, sedangkan di Johor Bahru, Pemuda Bersatu mahu bergabung dengan PH dan di Pengerang Bersatu merayu dan melutut pada PH. Setiap parti mencipta Manifesto dengan kajian terperinci supaya apa yang dijanjikan adalah realistik, ada upaya kebolehlaksanaan, reliabel dan valid, tetapi budak bebal Saiful ini menulis tanpa data.
BERSATU HINA PKR DAN AMANAH APABILA MINTA MEREKA BEREDAR DARI PENGERANG
Nampak sangat bahawa Bersatu sebenarnya tidak mahu menerima BN meskipun mereka bersama-sama dalam komponen PN di peringkat Persekutuan. Ketua Bersatu Pengerang, Faizal Asmar mendakwa kekalahan parti Amanah dan PKR menunjukkan parti-parti seperti ini tidak diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.