VIDEO – MAHATHIR DISERANG KEMARAHAN INDONESIA DAN RAKYATNYA DENGAN ISU TUNTUTAN RIAU

Akibat daripada kenyataan Mahathir tentang tuntutan Malaysia ke atas Riau, warganet Indonesia telah menyerang akaun Instagram Mahathir dan membanjiri ruang komentar dengan pelbagai luahan kemarahan dan kecaman mereka. Ini bukanlah kali pertama Mahathir telah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia, malahan sudah berkali-kali Mahathir mengeluarkan kenyataan tidak berasas, sehingga dia dimalukan oleh tokok-tokoh dan pemimpin dunia.

MAHATHIR DIMALUKAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Tulisan Ravindra dalam ‘The Capital Post’ melontarkan kritikannya terhadap Mahathir yang telah berulang kali menabur retorik ke atas India, sebagai membuktikan bahawa Mahathir tidak lagi berfungsi dalam keadaan mental yang normal. Malahan kata Soros lagi, “Kamu berani menitiskan air mata buaya semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?

Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. "Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.

SYED SADDIQ BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN

Sebagaimana yang telah berlaku pada era pemerintahan PH, Saddiq mungkin terselamat, apabila konco-konco PH diselamatkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan menggunakan kuasa prerogatif, yang diterjemahkan sebagai ‘undang-undang rimba’ oleh ramai penganalisis. Tapi malangnya bagi Saddiq, era ‘undang-undang rimba’ PH sudah berlalu, dan rakyat sedang berjuang agar ia tidak wujud kembali, setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: