VIDEO – AZMIN ALI JADI MANGSA DIMAKI HAMUN NETIZEN BILA COVID19 LONJAK NAIK 11K

Tiada lain yang golongan netizen lihat kecuali, kesalahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DS Azmin Ali kerana banyak laporan media mendedahkan sikapnya mempertahankan perbukaan kilang-kilang yang dikatakan menjadi kluster utama merebaknya Covid19.

‘TOTAL’ DALAM ‘TOTAL LOCKDOWN’ BUKAN MINYAK PELINCIR

Masakan 128,000 syarikat dan perkilangan dengan 1.57 juta pekerja dibenarkan beroperasi ketika gerakan ‘Total Lockdown’ di tengah-tengah proklamasi Darurat yang sedang berjalan. Jelas sekali MITI tidak faham apa ertinya 'Total Lockdown' yang digerakkan untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

ADA YANG BUKA PINTU BELAKANG

Cukuplah dengan naratif ‘pintu belakang’ yang menjijikan daripada ‘pintu belakang seks songsang’ kepada ‘pintu belakang’ kerajaan PN yang menamatkan 22 bulan pemerintahan kerajaan kakistokrasi PH. Sekarang ini bukan ketikanya rakyat dihidangkan dengan naratif politik songsang sedemikian, sebaliknya inilah masanya kita tuntas bertekad, komited dan serius tanpa dolak-dalek untuk melawan Covid19.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: