Dalam sesi amanat Kongres Maruah Melayu, Tun Mahathir yang berketurunan India Kerala, masih mengutuk kaum Melayu sebagai bangsa yang malas. Entah apalah natijahnya bagi pemimpin berdarah India itu mengutuk bangsa Melayu dalam satu perhimpunan Melayu yang cuba mengangkat maruah Melayu, kononnya. Kesan psikologi terhadap penghinaan ini amat jelas apabila ucapan pemimpin tua itu hanya untuk... Continue Reading →
VIDEO – PETANI KUTUK POLITIKUS TUA KERANA HINA MELAYU SEBAGAI PEMALAS
Adakah Mahathir cuba mengangkat bahawa kaum India rajin? Atau bagi Mahathir sekiranya seseorang Melayu itu tidak kaya dan bukan jutawan seperti anak-anak dan kroninya, maka mereka dikategorikan sebagai pemalas? Pemalas atau tidak pandai ‘merompak harta negara? Merujuk kepada artikel NST karya Hafizah Iszahanid, pemimpin yang mendukung persepsi bahawa bangsa Melayu adalah pemalas, sudah pastinya pemimpin rasis yang mindanya masih dijajah dan berada dalam dimensi kolonialisme.