Mengapakah Merdeka Center beria-ia mahu mencanangkan kajian kecenderungan atau pilihan pengundi sedangkan hari mengundi bakal menjelang tiba 13 hari sahaja lagi? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, keputusan yang mengarut itu akan digunakan untuk mempengaruhi pengundi bagi menentukan pilihan mereka pada 19 November ini. Kajian ini cuba menggunakan teknik pengaruh yang dinamakan ‘band wagon’ iaitu apabila ramai yang ‘menyokong PH’ maka tanpa berfikir maka ramailah orang sekeliling juga akan ‘menyokong PH’.
(Video) ANWAR BERTUKAR DARIPADA HARIMAU GANAS KEPADA KUCING MANJA
Nampaknya watak sesumpah Anwar terus tekal dalam dirinya. Sebagaimana disiarkan dalam rencana TTF, Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, dikritik kerana bertindak seperti diktator apabila memecat orang-orang kanan PKR. https://www.youtube.com/watch?v=7AzxbyD_9JQ Demokrasi dalam PKR juga kelihatan sudah hilang, selari dengan kewujudan PKR yang telah melahirkan ramai samseng jalanan, kerana ia sendiri lahir di jalanan. TTF telah menghebahkan... Continue Reading →