DAP DAN PKR BERBALAH KERANA PARTI UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE@MUDA

Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka kerana daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan muda, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’. Jika dia adalah parti 'United Democratic Alliance', maka siapakah yang menjadi entiti 'alliance'nya itu selain daripada Democratic Action Party@DAP?

PH TIDAK BERI RUANG LANGSUNG KEPADA BERSATU, MUDA DAN WARISAN

Amanah menolak keras saranan PAS untuk bekerjasama kerana PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwa Mat Sabu kerana PAS sering berubah pendirian. Bagi Anwar Muhyiddin dan Bersatu adalah pengkhianat kepada PH, serta pengkhianat kepada mandat rakyat yang telah mereka dapat semasa PRU14. Nampaklah dengan jelasnya PAS dan Bersatu tidak yakin dengan kekuatan mereka untuk ‘membunuh UMNO’, sebaliknya masih mencari jalan untuk bermuafakat dengan PH. Apa yang dapat diperhatikan ialah sindrom ‘inferiority complex’ iaitu ‘keyakinan yang lemah’ yang terdapat dalam parti-parti yang memusuhi UMNO-BN.

BEKAS PENGERUSI BERSATU JOHOR GESA MUHYIDDIN CERMIN DIRI

Mazlan mahu Muhyiddin lihat apa yang dia telah lakukan dalam kemelut politik ‘Langkah Sheraton’ 2020, yang diterjemahkan sebagai pengkhianatan terhadap PH dan Tun Mahathir, sehingga memaksa Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Perletakkan jawatan Mahathir juga mengakibatkan kerajaan PH tumbang, manakala musuh dalam selimut serta oportunis seperti Muhyiddin terus diangkat naik, tetapi dengan sokongan ahli yang ciput. Lantas, siapakah yang tidak bermaruah, tegas Mazlan supaya Muhyiddin cerminkan dirinya.

KETUA BAHAGIAN BERSATU TEBRAU KELUAR PARTI, BAGAIKAN SATU LIBASAN MAUT KE MUKA MUHYIDDIN

Di saat-saat menjelangnya PRN Johor, masih ada yang sanggup meninggalkan parti Bersatu kerana tidak yakin dengan kepimpinan Bersatu negeri serta presiden parti. Tindakan Mazlan adalah suatu kemaluan besar terhadap Muhyiddin Yassin yang selama ini ego dan berpura-pura bahawa partinya teguh dan kukuh untuk menghadapi PRN Johor. Di tengah-tengah keriuhan parti-parti lain cuba mempengaruhi pengundi, Bersatu menjadi kebencian ahli sendiri, kerana sikap presiden yang tidak menghormati kepimpinan Bersatu negeri, sebagaimana didakwa oleh Mazlan.

(Video) – PEMIMPIN PH SOMBONG, ANGKUH DAN BUTA TENTANG HAKIKAT KEPINCANGAN KERAJAAN PAKATAN

PEMIMPIN PH, sebelum berlangsungnya PRK Tanjung Piai lagi, masih buta tentang hakikat kelemahan kerajaan Pakatan yang menyebabkan perasaan rakyat mendidih untuk menolak calon PPBM, Karmaine Sardini. Bukan itu sahaja yang dipaparkan oleh media arus perdana serta media sosial, mereka juga kelihatan sombong bongkak dan syok sendiri. Mereka masih tidak sedar dan dibuai kemenangan PRU14 dengan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: