ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA

Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?

VIDEO – KADAR KEHADIRAN PEMILIH YANG RENDAH, ISYARAT PKR AKAN KALAH KERANA KESAN DOMINO

Kesimpulannya, meskipun pandangan ini bukanlah satu 'forensik politik' yang emperikal, namun ia adalah isyarat bahawa PKR akan kalah teruk pada PRU15 nanti. Fenomena politik ini juga merupakan pengaruh ‘kesan domino’ setelah PKR kalah teruk di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak.

WACANA 2: PAS MAHU WUJUDKAN GAGASAN PERPADUAN UMMAH UNTUK MENOLAK UMNO, TAPI REALITINYA MENJENGKELKAN

UMNO-BN adalah parti yang tekal atau konsisten, tidak seperti PAS yang sering berhijrah dari satu kelompok ke kelompok yang lain. Pada 1973 PAS pernah bersama UMNO, tapi pada 1990 PAS menentang UMNO untuk bersama Semangat 46, pada 1999 PAS bersama dengan PKR untuk mencanangkan Reformasi dan sekali gus bersama PKR untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga 2013. Kemudiannya pada 2019 untuk menentang ratifikasi ICERD PAS kembali bersama UMNO-BN dan kini bertenggek pula dengan Perikatan Nasional. Daripada pentas politik terkini, Mahathir dilihat sebagai musuh utama kaum Melayu, Hadi Awang pula sebagai penunggang agama, Muhyiddin adalah pengkhianat, Anwar sebagai pejuang LGBT dan Pluralisme agama, manakala Mat Sabu adalah penganut Syiah.

TINDAKAN PKR TOLAK LOGO PH DI PRN JOHOR PETANDA PH SUDAH NAZAK

Adakah meratifikasikan ICERD dan Statut Rom merupakan satu agenda reformasi PH? Lihatlah hampir 2 juta rakyat Melayu-Islam berkumpul di kota Kuala Lumpur, bukan sekadar menetang ratifikasi kedua-dua statut itu tetapi juga menentang DAP-PH. Bagaimana pula dengan agenda halus DAP-PH untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Republik Kristian Evangelis-Zionis sebagaimana yang tercatat dalam buku ‘Army of God’? Banyak lagi kegenjotan PH dengan janji-janji kosong mereka yang terakam dalam logonya yang menjadi kebencian rakyat setelah mereka memberikan mandat pada PRU14.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: