PEJUANG HANYALAH KERA SUMBANG YANG TEPOK DI PRN JOHOR

Pelbagai soalan terbangkit, adakah Pejuang mempunyai akar umbi di Johor? Adakah Pejuang mempunyai calon yang berwibawa dan berkaliber di Johor, malah adakah pejuang mempunyai penyokong daripada rakyat Johor sedangkan Mahathir sendiri telah mencatatkan rekod buruk atas hubungannya dengan DYMM Sultan Johor. Ia bukan sahaja mengurangkan jumlah ahli parlimen yang berada dalam kapal Pejuang tetapi ia juga satu kemaluan besar kepada Pejuang, bukan setakat Maszlee telah keluar meninggalkan parti itu, tetapi Maszlee telah melompat masuk ke parti musuh Mahathir yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah sekiranya semasa bersama PH dahulu, meskipun Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, rasa hormat parti komponen terhadapnya amat ciput kerana kekuatannya hanyalah bagaikan melukut di tepi gantang.

TIDAK GUNA MENGENDENG BERSATU, JIKA AHLINYA SENDIRI LARI KELUAR PARTI

Tun Mahathir sendiri yang merupakan pengasas Bersatu meramalkan bahawa Bersatu di bawah Muhyiddin Yassin akan tewas pada PRU-15 nanti kerana, UMNO berkeras tidak akan melepaskan kerusi tradisionalnya kepada Bersatu yang dilihat sebagai pengkhianat kerana melompat meninggalkan UMNO. Apalah ertinya sekiranya ada segelintir golongan kluster Menteri UMNO dalam PN yang mengendeng-ngendeng untuk bersama-sama dengan Bersatu pada PRU-15 nanti sekiranya ahli-ahli Bersatu sendiri lari keluar meninggalkannya. Bak kata pepatah, tiada guna berpaut pada dahan yang rapuh, kelak tersungkur dibaham bumi.

(Video) TOMMY THOMAS MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ATAU MEMBELA PENGGANAS?

TINDAKAN Peguam Negara, Tommy Thomas menghentikan serta-merta proceeding mahkamah terhadap kes 12 individu India atas tuduhan penglibatan mereka dengan aktiviti pengganas petubuhan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak. LTTE telah diharamkan di 32 buah negara di seluruh dunia setelah Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai pertubuhan pengganas antarabangsa. Pada 20 April 2009,... Continue Reading →

TS RAIS YATIM – MASZLEE ROSAKKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Adakah relevan bagi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk terus melulu menggulungkan isu 1MDB sebagai jenayah ‘menyamun’ sedangkan ia masih dalam perbicaraan mahkamah? Tidakkah ia juga menjadi subjudis kepada proceeding mahkamah? Lebih mengucar-kacirkan keadaan, Maszlee telah mengeluarkan kenyataan untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam silabus mata pelajaran Sejarah. Katakanlah setelah tamat perbicaraan... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: