“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ia bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya. “Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya. Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
MAHKAMAH TERGESA-GESA MAHU HERET NAJIB KE PENJARA, SEDANGKAN SPRM PUNYAI ‘PRIMA FACIE’ UNTUK TUDUH HAKIM NAZLAN
Adakah keadilan akan dapat ditegakkan sekiranya perbicaraan dijalankan secara terburu-buru, manakala bukti baharu pembelaan ditolak? Dengan itu juga kredibiliti, kebolehpercayaan, keabsahan dan keadilan mahkamah akan dipertikaikan, kerana soal ‘keraguan yang munasabah’ telah ditolak mentah-mentah, apatah lagi apabila mahkamah seperti tergesa-gesa dan berselindung di sebalik muslihat tertentu.
DS NAJIB SEWAJARNYA DIBEBASKAN DAN KES DIBATALKAN
Maka, janganlah terkejut jika kes DSNR ini diumumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dan dikemukakan kepada khalayak. Sebagai kesan kolateral, jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan, kerana kertas siasatan SPRM dan Polis telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan sehingga kini. Inilah fakta ‘national embarassment’ yang sepatutnya menjadi manipulasi pihak konspirator yang mahu menjatuhkan DS Najib, dan bukannya klise ‘perompak Bugis’, ‘kluster mahkamah’ dan ‘kleptokrat’ sebagaimana selalu mereka jaja terutamanya Muhyiddin, Mahathir, pemimpin PAS, DAP dan blok pembangkang yang lain.
VIDEO – BALACI KONSPIRASI SUDAH PANIK, QC AKAN PANTAU UNDANG-UNDANG RIMBA LEGASI PH
Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!