Nurul Izzah Anwar amat pesimistik terhadap penerimaan rakyat ke atas PH, setelah didustai dengan janji palsu, pembohongan dan manifesto yang menjanjikan bulan-bintang. PH memerlukan sekurang-kurangnya dua penggal lagi, sebelum boleh memenangi semula hati rakyat yang amat kecewa, bukan sahaja pendustaan dalam manifesto PRU14, malah huru-hara dan porak-peranda yang telah berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika PH berkuasa selama 22 bulan.