TOLAK LOGO PH KERANA STIGMA MAHATHIR – PAKAR STRATEGI PKR

Bagi kebanyakan ahli PKR, logo Pakatan Harapan (PH) adalah suatu stigma yang amat menyakitkan hati apabila ia terkait dengan Dr Mahathir pada era pemerintahannya dalam kerajaan PH. Pakar strategi PKR, Wong Chen, telah menjelaskan bahawa itulah rasionalnya mengapa PKR tidak mahu menggunakan logo PH pada kempen PRN Johor, yang hari mengundinya akan berlangsung pada 12 Mac ini. Era pemerintahan Dr Mahathir menjadi suatu trauma, malahan dia tidak sepatutnya diangkat menjadi Perdana Menteri kerana jumlah ahli parlimen partinya iaitu PPBM (Bersatu) adalah antara yang paling kecil berbanding PKR, dan DAP.

DIA KUTUK PN TIDAK SAH, TAPI DIA LUPA PEJUANG JUGA TIDAK SAH

Hari ini Mahathir dengan lantang mengatakan bahawa PN adalah parti yang tidak wujud dan dia menegaskan bahawa kerajaan PN lebih sesuai dinamakan Kerajaan Muhyiddin. Dengan itu juga pada 10 Mei 2018, kerajaan ketika itu lebih sesuai dinamakan kerajaan PKR atau jika menurut perkiraan minda Mahathir sebagaimana dia namakan kerajaan PN sebagai Kerajaan Muhyiddin, maka lebih sesuai kerajaan PH dinamakan Kerajaan Anwar Ibrahim. Hari ini lagi sekali dia lupa bahawa parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang yang dia tubuhkan pada 12 Ogos 2020, setelah merajuk meninggalkan Bersatu, juga masih belum didaftarkan. Lebih memalukan apabila parti Pejuang hanya ada 4 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya ada 5 kerusi DUN daripada 591 di seluruh negara.

MAHATHIR MAIN WAYANG BASI DI NEW YORK

Media Malaysia memuji dan menyanjung tinggi Tun Mahathir sebagai wira Malaysia yang berani mengkritik Yahudi sebagai punca keganasan global semasa dia di New York semalam. Ibarat anjing yang menyalak bukit, atau kucing tua yang cuba menggigit bapa harimau, Mahathir amat berani melabelkan Israel sebagai punca kepada ‘terorisme modern’ (modern terrorism) atau keganasan modern atau boleh... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: