VIDEO – ADAKAH UMAT ISLAM REDA ANWAR YANG MENYOKONG MURTAD DIANGKAT MENJADI PM?

Adalah suatu realiti, apabila pemimpin dan intelektual hebat seperti Dr Chandra Muzaffar, Datok Dr Sidek Baba, Datok Dr. Uthman El-Muhamaddy Ezam Mohd Nor dan ramai lagi telah menolak PKR kerana karektor ‘sesumpah’ Anwar yang amat tebal dalam dirinya, serta 'putar alam' sebagaimana didakwa oleh bekas peguam peribadinya Datok Zulkifli Nordin. Allahyarham Dr Uthman El-Muhamaddy pernah mempertikaikan ucapan Anwar di London School of Economics berkenaan pluralisme agama, apabila Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama sama dan semua agama menyembah Tuhan yang sama. Mahathir pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ‘tidak mahu peliwat menjadi PM Malaysia’. Lantas, hebat sangatkah Anwar dengan akidahnya yang boleh dipersoalkan serta sokongannya terhadap pemurtadan atas nama hak asasi manusia?

DAP FIKIR, UMNO SAMA SEPERTI MAHATHIR YANG OPPORTUNIS, MUDAH SANGAT UNTUK BEKERJASAMA DENGAN DAP

DAP bagi kaum Melayu-Islam adalah ‘kafir harbi’ sebagaimana difatwakan oleh SS Mufti Pahang seketika dahulu, dalam konteks harus ditentang, meskipun bukan dengan senjata tetapi melalui tindakan lain seperti media, kuasa politik dan pilihan raya. Bagi rakyat marhaen yang konservatif, pemimpin DAP adalah saki-baki komunis dan terbukti ketika PH berkuasa, mereka cuba menyerapkan ideologi komunisme pada minda generasi muda, termasuk pelajar sekolah. Namun bagi pengundi yang membenci bangsa DAP, mereka adalah sial, sebagaimana sial yang dibawa DAP dalam 7 siri PRK ketika PH berkuasa, PRN Melaka dan PRN Johor.

VIDEO – TIDAK HAIRAN JIKA ANWAR GAGAL LAGI SEKALI

Hari ini DS Anwar gagal lagi menggarap cita-citanya untuk diangkat sebagai PM, bukan kalah kepada Mahathir, bukan kalah kepada DS Najib yang menjadi idola akar umbi, tetapi kalah kepada DS Ismail Sabri yang dilihat sebagai ahli politik yang amat ‘low profile’. Malangnya bagi Anwar, dia sendiri tidak menjaga kemuliaan dan kesucian nama baiknya sehingga dia terkait dengan pelbagai masalah, baik dari aspek moral mahupun aspek falsafah politik yang dikendongnya. Anwar juga tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam-Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia. Dia menyokong pluralisme agama, dia menyokong liberalisme sosial, dia menyokong LGBT, dia menyokong pemurtadan Lina Joy, sedangkan dahulu dia adalah pemimpin pertubuhan Islam ABIM yang tersohor.

(Video) ‘BERSIH’ JADI TIKUS JALANAN TANPA PAS

Oleh Dr Mamat Desa Ambiga Sreenevasan adalah Pengerusi Bersama ‘Bersih’, sebuah pertubuhan yang dilahirkan untuk menjaga integriti pilihan raya umum Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pada 10 Oktober 2007, Bersih telah berjaya menganjurkan demonstrasi jalanan dengan kehadiran kira-kira 100 ribu penyokong di Dataran Merdeka. Ketika itu PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, menyebelahi DS Anwar... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: