SEMUA MAHU DARURAT DITAMATKAN KECUALI MUHYIDDIN-PN

Daripada data statistik yang dikeluarkan KKM pada 13 Januari berbanding 29 Mei 2021 (semalam), dapatlah dilihat dengan jelas bahawa jumlah kes jangkitan, jumlah kumulatif kes dan jumlah kumulatif kematian telah meningkat mendadak dan hampir menegak. Amatlah signifikan untuk menyatakan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan sebagai strategi mengekang pandemik Covid19 tidak berkesan dan gagal. Malahan daripada kadar peningkatan kes baharu sebanyak 202.2%, peningkatan kumulatif kes jangkitan sebanyak 286.5% manakala jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 370.7%, jelas sekali pelaksanaan ordinan Darurat dengan objektif untuk menyekat Covid19 telah gagal.

KEJAYAAN TERBESAR PH – MEMBAWA BALIK ABU MAYAT CHIN PENG

Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh seorang penganalisis politik, Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan sebagai komunis. Selain itu PH juga telah berjaya membina satu budaya baru (precedence) iaitu ‘perhimpunan bekas pejuang gerila komunis’ di sebuah institut milik Dong Jiao Zong di Kajang Selangor.

ANWAR SETUJU MAHATHIR ‘DIHERET KE MAHKAMAH’ KERANA KES FOREX-BNM

Oleh Dr Mamat Desa Barry Wain dalam bukunya ‘Malaysian Marverick- Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ mendedahkan bagaimana Perdana Menteri ke-4, telah memperjudikan dana negara berjumlah RM100 bilion. Skandal yang ditutup dan disembunyikan oleh pemimpin BN ketika itu kerana gentar dengan kuasa diktator Mahathir, juga telah didedahkan oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop.... Continue Reading →

KEANEHAN BLOK PEMBANGKANG DALAM PARLIMEN NEGARA

Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa parti Bersatu tidak lagi berada dalam gabungan PH. Lantas Mahathir berada dalam blok pembangkang sebagai wakil kepada parti tunggal yang tidak bersama gabungan PH sebagai pembangkang. Agak aneh apabila pembangkang terdiri daripada dua kelompok dalam susunan kerusi parlimen terkini; satu adalah gabungan parti dalam PH dan satu lagi adalah kumpulan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: