MATLAMAT DASAR ‘BUMI HANGUS’ DAP ADALAH MELUMPUHKAN SELURUH SISTEM NEGARA

DS Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden PKR parti komponen PH hanya diam membisu bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya, sedangkan kini bising seperti kera kena belacan. Nampaknya amat jelas dasar ‘bumi hangus’ DAP adalah dasar dan strategi politik untuk memusnahkan masa depan negara supaya negara menjadi kering-kontang, hancur luluh bagaikan padang jarak padang terkukur, dan ketika itulah golongan kapitalis DAP akan berkuasa. DAP-PH amat sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi PRU15 nanti, kerana kemenangan mereka pada PRU14 hanyalah bersandarkan janji kosong, penipuan, fitnah dan pembohongan, manakala mereka telah merosakkan banyak aset negara.

PH DAN KONCO-KONCO BANKRAP IDEA TERPAKSA KITAR SEMULA FITNAH KEMPEN PRU14

PH hakikatnya telah kehilangan isu untuk memusnahkan reputasi BN dan mereka sudah ‘muflis idea’. Anwar pula sememangnya sudah hilang sokongan kaum Melayu sebagaimana didakwa oleh Mahathir kerana ‘akidahnya yang boleh dipersoalkan’, menyokong pemurtadan umat Islam, moralnya yang rendah menyokong LGBT, dan kes seks songsangnya yang tidak putus-putus sebagaimana dakwaan Yusoff Rawther. DAP masih mahu mengangkat isu rasuah, tetapi mereka lupa bahawa Pengerusi DAP sedang bergelut dan tidak lama lagi akan disumbat ke penjara, kecuali jika terdapat komplot dengan Peguam Negara PN. Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin juga kehabisan modal dan masih dengan isu kleptokrat dan kluster mahkamah sedangkan dia sendiri berada dalam radar SPRM dalam isu menjarah RM600 bilion dana negara serta kes 1Bestari Net.

VIDEO – LIM GUAN ENG ADALAH CONTOH TERBAIK CINA PALING HIPOKRIT MALAYSIA

Dengan gayanya yang lembut berlenggang-lenggok ketika berucap, adakah Lim Guan Eng juga tergolong sebagai ‘gay’? Ada kajian karektor yang telah menyokong bahawa Pengerusi DAP adalah ‘gay’. Karektor Guan Eng juga lewah dengan sikap hipokrasi. Dia mengutuk pemimpin yang didakwa dalam kes rasuah melalui agenda ‘dakwaan terpilih’, tetapi dia lupa cermin diri bahawa dirinya sedang menghadapi 4 pertuduhan dalam kes Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang sehingga membawa kepada kematian saksi penting pendakwaan Ewe Swee Kheng yang merupakan Pengarah Urusan Ewein Group.

MEREKA TIDAK SETIA PADA PM, TETAPI TIDAK PULA MAHU PARLIMEN DIBUBARKAN

Tanpa mahu membicarakan soal ‘Langkah Sheraton’, soal khianat-mengkhianati dalam PH, soal PN mempergunakan Ordinan Darurat, soal menjarah wang negara RM600 bilion untuk memulihkan negara kononnya, soal pemimpin tua yang sudah hilang kudrat dan dijadikan boneka politik, soal ‘PKP separuh masak’ yang mengurung rakyat dan melumpuhkan ekonomi mereka, serta pelbagai lagi kegenjotan kerajaan ‘adhoc’ sehingga membawa kepada tiga kali perubahan PM dalam sepenggal, namun soal asas ialah kerajaan campuran PN, mahupun PH sebelumnya adalah tidak stabil dan amat goyah. Masakan ia boleh stabil sekiranya kabinet terdiri daripada kalangan yang saling bermusuhan, dan mempunyai  nakhoda masing-masing dengan hala tuju yang berbeza. Bayangkanlah bagaimana genjot dan bobroknya pentadbiran negara, sekiranya Pengerusi PN mengisytiharkan rakan pentadbiran negara iaitu UMNO sebagai ‘musuh utamanya.’

GEMPAR BILA MUKHRIZ KATA MAHATHIR REFORMIS!

Reformis apa, apabila Mahathir suruh rakyat ikat perut menahan lapar, dan kemudian menghina rakyat sebagai pemalas? Reformis apa apabila dia membatalkan GST dan menggunakan sistem cukai lapok SST, sedangkan 160 di seluruh dunia telah melakukan reformasi pencukaian melalui GST di seluruh dunia bagi mengekang pembelotan cukai golongan kapitalis?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑