VIDEO – BUKAN SAHAJA UMNO, PH JUGA TOLAK PARTI PIMPINAN PENGKHIANAT

Lihatlah baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal telah mendedahkan sikap khianat Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri ke-10. Jelas sekali dia cuba mengkhianati Ismail Sabri pula dan menjadikan kerajaan pimpinan Ismail Sabri amat tidak stabil.

KENAPA DAP KAITKAN KES BASIKAL LAJAK DENGAN DS NAJIB DAN TIDAK PERSOALKAN TOMMY THOMAS BENARKAN RAYUAN PENDAKWAAN?

DAP mempersoalkan kenapakah Najib dibenarkan ikat jamin sedangkan permohonan Sam Ke Ting ditolak? DAP juga diam membisu terhadap kematian saksi penting pendakwaan kes Terowong Bawah Laut, Ewe Swee Kheng yang membabitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng. DAP juga tidak mahu salahkan Peguam Negara PH, Tommy Thomas yang memfailkan rayuan terhadap keputusan kali pertama untuk bebaskan Sam Ke Ting pada tahun 2019? Tanpa mahu menggangu keputusan mahkamah, bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman memandu, hanya ada dua kemungkinan apabila melihat pada foto selepas tragedi, sama ada pemandu telah memandu dengan laju melulu, atau mungkin pemandu mabok.

MUHYIDDIN MESTI LETAK JAWATAN PRESIDEN BERSATU, JIKA TIDAK MAHU BERKUBUR – PENGANALISIS

Lantas kedudukan Muhyiddin dalam kerajaan PN yang cuba didominasinya tidaklah kukuh sebaliknya goyah meskipun disokong oleh PAS setelah ahli-ahli parlimennya disogok dengan jawatan menteri dan kedudukan dalam GLC. Dengan sebab itu, Muhyiddin semasa menjadi PM sering diburu oleh ketakutan ‘usul undi tidak percaya’ daripada pihak PH. Di sinilah menurut penganalisis politik Malaysia, Muhyiddin telah melakukan kesilapan besar apabila mempergunakan Ordinan Darurat untuk mempertahankan kesinambungan hayat politiknya.

SINDROM ‘TAK TAHU’ MAHATHIR BERJANGKIT PADA PEMIMPIN PH PERAK SETELAH MEREKA JUAL TANAH RIZAB LAPANGAN TERBANG

Hari ini pemimpin PH yang bertanggungjawab, masing-masing mengaku ‘tidak tahu’. Ia seperti satu ‘sindrom nyanyuk berjangkit’ yang dibawa oleh Dr Mahathir. Ironinya, kenapakah semasa mereka berkuasa, masing-masing hanya menutup mata dan memekakkan telinga? Hari ini dengan mudahnya mereka mengaku, mereka tidak tahu.

VIDEO – NAJIB BAWA AURA BARU DI PULAU PINANG, SEBALIKNYA KEYAKINAN MASYARAKAT CINA PADA DAP JATUH MERUDUM

Nampaknya amatlah signifikan bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Dr Yusri Ibrahim yang mendapati bahawa tahap keyakinan (confidence level) masyarakat Cina terhadap PH-DAP sudah menyusup jatuh. Malahan Lim Guan Eng sendiri telah mengakui bahawa sokongan pengundi kepada DAP akan merosot pada PRU15 nanti. Menambahkan lagi signifikan dapatan Ilham Centre, sudah ada pemimpin DAP yang menggesa supaya Guan Eng meletakkan jawatan atau bersara terus daripada politik sebagaimana bapanya Lim Kit Siang yang mengisytiharkan persaraannya dari politik, baru-baru ini dalam pemilihan CEC DAP di Shah Alam.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: