Antara lain, lihat sahaja pengendalian kerajaan Persekutuan yang mesti diselarikan dengan kerajaan Negeri dalam krisis pandemik Covid19, untuk mengelakkan kematian rakyat yang sesetengahnya jahil tentang pendekatan melawan wabak tersebut, lebih-lebih lagi masyarakat pedalaman. Shafie lupa bagaimana tindakan kerajaan Persekutuan ketika menyekat serangan pengganas Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013 dahulu yang telah meragut nyawa beberapa orang polis dan tentera negara.