RAFIZI TEMBAK MUSUH, TAPI TERKENA PANGLIMANYA SENDIRI

Tidak relevan bagi Rafizi untuk mengaitkan Abdul Latiff dengan UMNO meskipun dahulunya dia adalah ahli politik UMNO, kerana Anwar Ibrahim, Azmin Ali, dan ramai lagi mereka yang kini berada dalam PKR adalah bekas ahli politik UMNO yang meninggalkan parti kerana menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

ISU LCS DALAM PAC HANYA BAHAN KEMPEN PEMBANGKANG, RCI LEBIH SIGNIFIKAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN

Sedangkan isu kewangan dan perbelanjaan kerajaan untuk membina lima kapal kombat pesisir yang dibangkitkan oleh Pengerusi PAC daripada DAP, dilihat menyeleweng daripada prinsip pembentangan kewangan kerana Pengerusi PAC bukan akauntan bertauliah yang ada keabsahan untuk membincangkan isu tersebut. Lantas ia dijadikan bahan untuk ‘political mileage’ atau batu loncatan untuk survival pemimpin politik DAP.

DENGKI DAN KHIANAT DESAK PH BATAL BANYAK PROJEK RAKYAT

Projek-projek tersebut bukannya projek kronisme sebagaimana projek mega Menara Kembar yang langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat sebaliknya menindas peniaga tempatan kerana harga sewa premis yang amat zalim. Kini mereka sibuk bersilat tentang projek kapal kombat LCS kendalian syarikat milik LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) iaitu Bousted Naval Shipyard (BNS) yang telah dibekukan oleh PH kemudian dituduh sebagai projek ‘halimunan’. PH gagal melihat bahawa ini adalah projek pertahanan serta kedaulatan negara.

ISU LCS HANYA SATU LAGI MODEL FITNAH PH UNTUK MENANG PRU15

Sebagaimana kempen PH sebelum PRU14, dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang disebarkan melalui medsos, di samping mengadakan perhimpunan untuk menarik perhatian pengundi dan rakyat, maka begitulah apa yang tersirat dalam agenda membangkitkan isu pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang telah dimulakan sejak 2014 ketika BN berkuasa. Modus operandi mereka kali ini adalah memfitnah bahawa Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan Bousted Naval Shipyard hanyalah wujud dalam kertas, sebagaimana Lim Guan Eng melaksanakan projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang kini menjadi kes rasuah yang sedang dalam perbicaraan. Selagi PRU15 tidak diadakan segera, maka selagi itulah momentum fitnah dan pembohongan PH-DAP akan terus dilambakkan dalam media baik media arus perdana, mahupun media sosial.

PANAS! DAP CUBA BOCORKAN RAHSIA PERTAHANAN NEGARA MELALUI LAPORAN PAC?

Terdapat perkara yang sepatutnya menjadi rahsia pertahanan negara seperti ciri-ciri yang direkacipta dan dipasang pada LCS (Kapal Kombat Pesisir) yang akan menjadi alat dan kekuatan sistem pertahanan ketika perang, tetapi dengan mudah menjadi bahan hujahan yang terdedah kepada sesiapa sahaja. Adakah ini yang menjadi agenda tersembunyi DAP-PH, setelah Mat Sabu pernah bertindak pada isu kelemahan ketenteraan negara dalam parlimen dan juga dalam forum pertahanan antarabangsa?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: