RASUAH DALAM DAP AMAT TERUK – BEKAS NAIB PENGERUSI DAP

Tunku Abdul Aziz mendakwa bahawa punca beliau mengambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuah yang amat teruk di dalam parti itu. Itulah antara sebab utama selain beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang menjadi alat DAP melobi minda rakyat dan menutup hipokrasi mereka. Antara propaganda yang DAP gunakan untuk menutup kejahatan mereka ialah dengan menuduh orang lain yang jahat. Ibarat pencuri yang melolong dan menjerit-jerit meminta tolong kerana berlaku kecurian, tetapi hakikatnya dialah pencuri yang sebenarnya.

MAJLIS PEGUAM SUDAH BERTUKAR MENJADI PARTI KOMPONEN PH?

Majlis Peguam nampaknya cuba mencabul hak DS Najib memohon pengampunan DiRaja dan bertindak cuba mempengaruhi DYMM Agong supaya menolak pengampunan baginda terhadap Najib. Sedangkan dalam kes Anwar, Mahathir secara solo telah bertindak wewenang mengadap DYMM Agong untuk mendapatkan keampunan Anwar yang lebih jelas merupakan ‘horse trading’ supaya Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri. Ia dengan jelasnya memperlihatkan gelagat ‘pilih bulu’ dalam isu yang mereka bela dan pertahan yang jelas menonjolkan sifat yang tiada maruah dan integriti seakan-akan Majlis Peguam adalah parti komponen PH yang tegar menyokong DAP.

MAHATHIR DAKWA UMNO AKAN TERKUBUR, TETAPI PETAI SUDAHPUN DIMASUKKAN DALAM KERANDA

Mahathir sedar bahawa PETAI hanyalah parti ‘zombie’ atau bangkai hidup, lantas dia terpaksa pula menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air (GATAI). Dia juga amat sedar bahawa PETAI hanya ada 4 ahli parlimen sahaja daripada 222 ahli parlimen seluruh negara sedangkan UMNO memiliki 54 setelah difitnah dan diasak dengan janji palsu dalam kempen PRU14. GATAI akan menjadi lubuk bagi katak-katak politik yang tidak ada lagi kekuatan di parlimen yang mereka menang pada PRU14. Hakikatnya PETAI atau GATAI tidak ada akar umbi, sedangkan UMNO lebih bersemangat apabila Najib dipenjara bukan kerana dia bersalah, tetapi kerana konspirasi politik Mahathir. Seperkara lagi, Mahathir nampaknya terkejut apabila Ratu Elizabeth II Great Britain (96 tahun) yang beza usia setahun darinya telah meninggal dunia, sedangkan jangka hayat sihat rakyat Malaysia hanyalah 65 tahun. Mahathir kini sudah berusia 97 tahun.

BERSIH HANYALAH KELDAI KOTOR DAP-PH, BUKAN PEJUANG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Adakah Peguam Negara telah menjalankan tanggungjawabnya secara adil, atau ada 'tangan ghaib' yang mengawal badan kehakiman negara? Inilah yang menjadi sebahagian persoalan yang dibangkitkan oleh Azalina. Seharusnya BERSIH bertindak tanpa memilih bulu dan mencanangkan apa sahaja kebobrokan dalam sistem keadilan negara, dan bukannya menjadi keldai kotor dan jijik DAP-PH!

PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK

Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: