VIDEO – PEMIMPIN TUA 22 TAHUN 22 BULAN DIBIDAS ANWAR KERANA LUPA PADA RAKYAT KETIKA DIA BERKUASA

Mahathir sudah tua, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa menongkat langit dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini. Dia gunakan instrumen polis seperti Gestapo, memukul, mendera dengan cara yang cukup memalukan. Mahkamah bersidang dengan cara sidang yang luar biasa cepat dan cekap, tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada peguambela.

VIDEO – SUPAYA UMAT ISLAM SEDAR, TEKS KHUTBAH JUMAAT JAIS KRITIK PEMIMPIN DAN MANIFESTO YANG MENIPU RAKYAT

Dalam khutbah yang bertajuk ‘Pemimpin dan Masa Depan’ Khatib secara konstruktifnya telah mengkritik ‘manisfeto yang bukan kitab suci’ sebagai janji politik yang telah membohongi dan menipu rakyat. Walaupun tidak dinyatakan dengan telus, namun para jemaah dapat menghidu kritikan terhadap sistem kehakiman negara yang tiada integriti, dan berat sebelah kerana dendam politik sehingga membawa kepada kawalan dan masuk campur dalam urusan badan perundangan dan kehakiman negara. Akhirnya Khatib membawa jemaah kepada PRU15 pada 19 November ini yang akan menentukan barisan pemimpin serta Perdana Menteri untuk penggal Parlimen ke-15. Adakah rakyat masih dengan ketaksuban dan rasukan yang tidak berasas sehingga sanggup menjerumuskan negara ke lembah kehancuran sebagaimana berlaku semasa 22 bulan PH berkuasa?

VIDEO – FELDA PUN MAHATHIR HENDAK SWASTAKAN, UNTUK KAYAKAN KRONI-KRONI DIA

Hakikatnya pengundi dan peneroka FELDA amat kenal siapa PETAI@Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, mengutuk DS Najib Tun Abdul Razak dengan tuduhan keturunan ‘Lanun Bugis’ sedangkan Tun Abdul Razaklah yang merupakan pengasas FELDA untuk menghapuskan kemiskinan kaum Melayu, dan memperbaiki taraf hidup mereka.

HENTI LACURI ORANG MELAYU

Kami amat tertarik dengan kenyataan jujur, berani, jitu dan terbuka daripada hati-nurani Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin yang telah disiarkan dalam laman FB-nya di bawah tajuk ‘TUN MAHATHIR PERLU HENTI LACUR ORANG MELAYU DEMI POLITIK’. Kami percaya majoriti kaum Melayu yang sayangkan masa depan bangsanya, yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu ini, berada di belakang... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: