UMNO TERPERANGKAP KERANA AHLI PARLIMENNYA DITUDUH LEMAH, BUKANNYA PN YANG TERUK

Bagi sesetengah penganalisis politik, tudingan jari kepada menteri daripada UMNO untuk menutup kelemahan PN, adalah perangkap untuk melemahkan UMNO pada PRU15 nanti. Meskipun terdapat beberapa Ahli Parlimen UMNO dalam kabinet PN yang diterajui Muhyiddin, namun dalam hal perencanaan dan penentuan dasar negara dalam hala tuju menangani Covid19, adalah terletak pada setiap ahli kabinet dan menjadi tanggungjawab PM untuk menerajuinya seterusnya membawa kepada proses pelaksanaan. Lebih-lebih lagi apabila proklamasi Darurat dilaksanakan, penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN, tanpa mengambil kira pandangan ahli parlimen pembangkang apabila sidang parlimen digantung. Rakyat pasti tidak lupa bahawa menteri-menteri yang penuh dalam kabinet Muhyiddin Yassin pada hakikatnya adalah menteri-menteri PH juga yang telah dicop sebagai menteri kakistokrasi yang teruk dan gagal semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.

KATAK MELOMPAT DAN CAMPUR TANGAN KERANA ADA HABUAN – KPN

Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador yang akan menamatkan kontraknya pada 3 Mei telah menyarankan supaya SPRM menyiasat golongan pemimpin politik yang melompat parti kerana penghijrahan mereka ke parti lain boleh sahaja didorong oleh suapan dan habuan kewangan. Dalam kemelut campur tangan politik ke atas PDRM, khalayak media percaya bahawa tokoh politik yang dimaksudkan oleh Abdul Hamid Bador adalah antaranya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri.

(VIDEO) AKUAN BERSUMPAH AZILAH ADALAH KONSPIRASI UNTUK ANIAYA NAJIB?

SEMALAM (16 Disember), seluruh negara telah dikejutkan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri bertarikh 17 Oktober yang dibuat di Penjara Kajang, mendakwa bahawa DS Najib Abd Razak telah mengarahkannya membunuh wanita Mongolia Altantunya Shaaribuu pada 2006. Ramai yang menyangka bahawa kes ini telah selesai ditutup pada 2006 apabila Mahkamah Persekutuan telahpun menjatuhi hukuman mati ke... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: