WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT?

Tidakkah Mahathir merupakan ‘Bapa Kleptokrat’ apabila dana negara digunakan untuk ‘bailout’ syarikat perkapalan anaknya, kerjasama dengan kroninya dalam syarikat mega ‘Perwaja Steel’ tetapi syarikat itu muflis, kes Forex BNM dengan kerugian RM30 bilion yang dinilai sebagai RM100 bilion pada nilai semasa, isu muflis Maminco, kes BMF sehingga membabitkan pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim, dan banyak lagi yang penat untuk disenaraikan? Tidak seperti TS Muhyiddin yang apabila mengisytiharkan hartanya, telah diperakui mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh tetapi dia bukan datang daripada golongan hartawan, sebaliknya telah mengumpulkan hartanya ketika menjadi penjawat awam dan kemudiannya diangkat sebagai MB Johor. Lihatlah gelagat Muhyiddin yang didakwa menawarkan kedudukan pangkat kepada ahli politik untuk menarik mereka menyokongnya bagi mendapatkan sokongan majoriti, sebagaimana di dakwa oleh MP DAP dan PKR. Lantas, tidakkah Muhyiddin ‘menggunakan kuasa politik untuk memenuhi kekayaan dan kuasanya sebagaimana terkandung dalam definisi ‘kleptokrat’? Lain kali Muhyiddin kalau tidak tahu makna kleptokrat baiklah diam, dan cubalah buka kamus dan lihat apa makna kakistokrasi yang amat tepat untuk menggambarkan kerajaan PH Mahathir.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: