Dengan itu, rasional kebencian Muhyiddin terhadap BN-UMNO bukanlah sangat atas kemarahan dan kebenciannya terhadap UMNO yang telah berjasa mengangkat kerjaya politiknya, tetapi sebaliknya lebih kepada rasa kecewa yang amat sangat atas segala kemelut politik yang menimpa dirinya.
MISI RAFIZI DOMINASI PKR TELAH BERMULA, DAN AKAN PECAH-BELAHKAN PKR
Kehadiran semula Rafizi dalam PKR turut membawa paradigma baru dan dia sengaja mahu berdiri dengan formula baharu, agar dia dilihat sebagai pemimpin radikal PKR, meskipun hala tuju dan misinya berbeza dengan Anwar. Lantas, dengan itu Rafizi mahu mengangkat mana-mana calon Pemilihan PKR 2022 yang ‘anti-khemah besar’ sebagai calon PRU15, dan dengan itu juga terbentuk pecahan pemimpin PKR yang ‘pro-khemah besar’. Sekaligus ia kelihatan seperti Rafizi cuba menentang visi Anwar yang melihat pembentukan khemah besar bersama parti di luar PH, akan dapat merealisasikan cita-cita terpendamnya yang sekian lama untuk diangkat sebagai PM.
KHEMAH BESAR HANYA MEMBAWA PERBALAHAN LEBIH GANAS DALAM PH2.0
Tapi hakikatnya kemelut dalam khemah besar ini akan menjadi lebih ganas berbanding dengan PH1.0 kerana bukan sahaja Anwar mahu menjadi PM, Shafie Apdal juga mahu menjadi PM, Mahathir juga mahu menjadi PM, atau setidak-tidaknya anaknya Mukhriz, dan jangan lupa bahawa pengkhianat PH1.0, Muhyiddin Yassin juga mahu menjadi PM.