GUAN ENG MARAH BILA TAHU VAKSIN TIDAK JADIKAN SESEORANG ITU KEBAL COVID19

Guan Eng mengambil contoh negara-negara Eropah yang mengisytiharkan negara mereka sebagai selamat daripada Covid19 telah pun membuka stadium bola sepak kepada orang awam untuk menyaksikan kejuaraan UEFA Euro. Sebaliknya Malaysia masih berada dalam perintah kawalan pergerakan ‘total lockdown’. Hakikatnya Guan Eng lupa bahawa situasi pandemik Covid19 di Eropah telah timbul semula dengan varian Delta, sebagaimana ia mula menyerang rakyat Belanda dengan kadar yang amat mengejutkan.

ADA MUSLIHAT, SEBAB ITU SEKARANG BARU LANTIK TPM

Mengapakah sebelum ini jawatan tersebut dikosongkan? Adakah kerana jawatan itu tidak penting langsung bagi Muhyiddin? Atau hakikatnya Muhyiddin mahu menjadikan kekosongan itu sebagai umpan untuk menarik sokongan daripada parti yang lebih dominan daripada kalangan pembangkang seperti PKR? Anehnya, hanya beberapa jam sebelum UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, baharulah pelantikan TPM dibuat dengan melantik seorang ahli MKT UMNO bagi mengisi jawatan tersebut. Ia juga membangkitkan persoalan, kenapa tidak melantik DS Hishamuddin Tun Hussein sedangkan dia adalah tokoh UMNO yang ‘diheboh-hebohkan’ sebagai calon PM? Selama hampir 1 setengah tahun, Muhyiddin tidak pun memerlukan TPM, tiba-tiba dalam keadaan UMNO marah dan telah memberikan ultimatum supaya sidang parlimen dibuka semula sebagai menyokong titah perintah DYMM SPBYDP Agong, baharulah TS Muhyiddin tergesa-gesa melantik DS Ismail Sabri mengisi jawatan itu.

WordPress.com.

Atas ↑