APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU?

Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu. Tak usahlah hendak menjaja tentang kleptokrat, jika kamu contoh kleptokrat terbaik, usahlah cakap tentang kluster mahkamah jika kamu yang membina undang-undang rimba.

JEMAAH UMRAH TIPU SIJIL VAKSINASI COVID MANAKALA KDN AKUI KEKHILAFAN

Menipu adalah sesuatu yang salah dari segi agama, lantas bagaimanakah mereka boleh melaksanakan ibadah dengan cara menipu? Sekiranya sijil dalam bentuk dokumen kertas yang menjadi rujukan pihak imigresen untuk para jemaah Umrah, maka jelaslah bahawa terdapat kelemahan dalam sistem menentukan status vaksinasi yang telah diterima rakyat. Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin sendiri telah mengaku terdapat ‘kekhilafan’ dalam proses pemeriksaan sehingga 17 individu tanpa vaksin terlepas menunaikan umrah dan kemudian kembali ke Malaysia baru-baru ini.

GURU PERCAYA MITOS ANTIVAKSIN – SATU TINDAKAN ANEH BAGI MASYARAKAT BERTAMADUN

Sekiranya orang Asli, atau lebih manis disebut kaum asal pribumi, menolak vaksin, atau masyarakat pedalaman yang tersisih daripada media massa, mahupun media maya, menolak vaksin, maka bolehlah diterima. Namun apabila sebilangan guru sekolah menolak vaksin, maka ia menjadi suatu bisul dalam masyarakat kerana menolak gerakan arus perdana yang berhempas-pulas cuba mengekang dan melawan penularan Covid19. Guru adalah nadi dan jentera utama mendidik masyarakat supaya lebih bertamadun dalam menghadapi pelbagai gejala sosial, kesihatan, ekonomi, fahaman, kepercayaan, ideologi dan pelbagai lagi, namun apabila ada segolongan yang menentang gerakan seluruh dunia untuk melawan pandemik yang amat ganas ini, maka ada sesuatu yang tidak kena.

VIDEO – MUHYIDDIN LETAK JAWATAN, SIAPA DAN APA SELEPAS INI?

Secara spiritualnya DS Najib Razaklah punca segalanya kerana dialah yang telah mengangkat sumpah laknat di Majid Kampung Baharu, sehingga satu persatu pemimpin yang menzaliminya terlingkup satu persatu. Malahan DS Najib telah melahirkan perakuannya pada Allah, bahawa sekiranya dia bersalah, dia memohon agar Allah juga melingkupkan hidupnya. Namun rakyat tidak nampak itu semua, yang rakyat lihat DS Najib tetap tabah, ceria dan aktif dengan caranya sendiri untuk membantu memperbaiki ekonomi negara, mahupun dalam hal menentang pandemik Covid19.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: