Hari ini 25 Julai, seluruh rakyat Msia menerima berita sedih apabila jumlah jangkitan Covid mencapai angka 17ribu lebih yang mengatasi jumlah jangkitan di Thailand. Malahan Msia mencatat kadar tertinggi jangkitan per juta penduduk di dunia. jelaslah proklamasi Darurat hanyalah mainan politik, manakala jangkitan Covid19 terus meningkat. Rakyat miskin menderita kelaparan, kehilangan punca pendapatan, ada yang kematian ayah-ibu dan suami yang menjadi tunggak rezeki harian, ada yang terlalu depresi lantas membunuh diri. PM masih percaya dapur rakyat penuh, bermakna PM gagal memahami penderitaan rakyat.
BENDERA PUTIH PETANDA KEKALAHAN RAKYAT ATAU SIAPA?
Adakah memasang bendera putih itu menggugurkan maruah? Nak jaga maruah atau nak jaga nyawa anak-isteri? Berdoa lebih baik daripada memasang bendera putih seperti saranan Nik Abduh itu betul. Namun setelah berdoa dan memasang bendera putih, kemudian ada yang datang membantu, tidakkah itu pertolongan daripada Allah juga?