Dengan itu, rasional kebencian Muhyiddin terhadap BN-UMNO bukanlah sangat atas kemarahan dan kebenciannya terhadap UMNO yang telah berjasa mengangkat kerjaya politiknya, tetapi sebaliknya lebih kepada rasa kecewa yang amat sangat atas segala kemelut politik yang menimpa dirinya.
GELI HATI APABILA PN GESA UMNO KEKALKAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN KATAK-KATAK POLITIK
Kebanyakan katak-katak politik ini sebelumnya adalah keldai-keldai Mahathir, yang meninggalkannya untuk bersama TS Muhyiddin Yassin, setelah mereka sedar rakyat membenci PH serta Perdana Menteri 22 bulannya. Mereka sanggup membiarkan Mahathir terkial-kial dengan hanya 4 ahli parlimen daripada 222 untuk kekal bersamanya, bagaikan ‘zombie’ atau bangkai hidup yang sedang mencari mangsa untuk kesinambungan hayat. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim juga turut menggesa UMNO agar penyandang yang telah menang kerusi parlimen pada PRU14 dikekalkan atas tiket Bersatu dan tidak diganggu. Lantas adakah PAS akan membiarkan dan tidak akan mengganggu ahli parlimen atau ADUN Amanah yang telah menang pada PRU13 atas tiket PAS?
VIDEO – RUPANYA DIA ADALAH SEKONGKOL NAMEWEE, PENGHINA NEGARA DAN AGAMA ISLAM
Isu penting yang mahu ditonjolkan ialah, mengapakah Presiden MUDA sanggup bersekongkol dengan lelaki biadap dan kurang ajar yang pernah menghina agama Islam, kaum Melayu dan negara, sedangkan NGO seperti PERKASA mahu lelaki itu dinyahkan dari bumi Malaysia dengan cara kerajaan menarik kerakyatannya.
APABILA ZURAIDA LOMPAT KE PBM, IA PETANDA BERSATU AKAN BERKUBUR
Segala kenyataan Muhyiddin selama ini terutamanya semasa PRN Melaka dan Johor yang mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’ hanyalah retorik serta ‘psywar’ untuk menyedapkan hati penyokongnya, tetapi realiti dan pragmatiknya PPBM sudah rebah dan nazak.
‘ABAH SAYANG…’ SANA-SINI, TAPI AHLI SENDIRI TAK SAYANG ABAH, BAIK ABAH LETAK JAWATAN SAJA SEBAGAI PRESIDEN
Meskipun Abah cuba membawa moto bahawa “Abah sayang anu dan ini..” tapi nampaknya laporan media menafikan kasih-sayang Abah yang ramai melabelkan Abah sebagai pengkhianat. “Abah sayang anu ini..” tapi tak malukah Abah ahli dan rakyat majoriti tak sayang Abah? Majoriti ahli yang keluar parti mendakwa Abah telah terpesong daripada perjuangan sebenarnya.