Dakwaan ini dibuktikan oleh video yang dimuat naik oleh Ben Frankie Production dalam YouTube. Video tersebut mendakwa hanya segelintir daripada kalangan rakyat Malaysia yang tahu bahawa DAP sememangnya sedang menggerakkan agenda untuk menukar agama rasmi negara iaitu Islam sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, kepada agama Kristian. Video tersebut mendedahkan pengakuan pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Pengerusi DAP, Lim Guan Eng@Joseph Lim Guan Eng yang telah memeluk agama Kristian ketika ditahan dalam Penjara Kajang pada 1998.
DAP TIDAK LAGI DIPERCAYAI OLEH KAUM CINA-INDIA DAN MENJADI LIABILITI KEPADA KAUM MELAYU
Untuk mengelabukan pandangan kaum Melayu, DAP telah melantik Christopher Zairil Khir, kononnya untuk membuktikan kaum Melayu diterima dalam kepimpinan DAP. Hakikatnya Zairil Khir bukan bangsa Melayu kerana dia adalah anak Cristine Lim, seorang janda Cina yang berkahwin dengan Khir Johari. Sebagaimana didedahkan oleh penulis buku ‘Army of God’ DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk menjadikan Malaysia sebuah ‘Republik Zionis-Evangelis’ dengan dominasi pemimpin Kristian Evangelis, seperti Joseph Lim Guan Eng, Theresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Jenice Lee, Teo Nie Ching, Anthony Loke Siew Fook dan ramai lagi, malah sedang membiak. Tetapi dia dilihat sebagai paranoid untuk mendedahkan anutan agama Kristian yang dipeluknya semasa di Penjara Kajang, kerana takut ditolak oleh majoriti penganut Taois Pulau Pinang. Namun kini kaum Cina Pulau Pinang sudah tahu siapa Joseph Lim Guan Eng dan mereka telah mula menunjukkan peralihan sokongan mereka terhadap DAP.
DAP JANGAN HIPOKRIT, KAUM MELAYU MEMANG SUDAH TAHU SIAPA KAMU
Chong, dalam catatan Facebook berasingan, menuduh DAP sebagai "eunuchs" iaitu sida China yang telah dikebirikan (dibuang kemaluan lelakinya). Menurut Chong, tindakan memadamkan simbol salib tersebut mencerminkan mentaliti DAP yang tidak ada keyakinan diri dan mereka berrtindak seperti eunuch. Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.