KENAPA PH DAN MAJLIS PEGUAM MEMBUTA DAN BISU TENTANG ISU SIASATAN MEMOIR TOMMY THOMAS?

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sejak awal lagi telah membangkitkan kemusykilan dan misteri kerana dia adalah peguambela Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang mencabar kerajaan untuk kembali ke Malaysia, sedangkan semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman menawarkan perdamaian Chin Peng dengan angkuhnya menolak. Selain itu Tommy Thomas adalah peguambela Lim Guan Eng yang sebelumnya merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga merangkap Setiausaha Agung DAP dalam kes pembelian ‘Banglow Murah’ yang didapati mengendong kepentingan politik pihak penjual serta salah guna kuasa pihak Ketua Menteri. Lantas tidaklah mengejutkan apabila kes Lim Guan Eng itu digugurkan oleh Tommy Thomas.

TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA

Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan. Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir  Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM. Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.

ADAKAH TOMMY THOMAS SUDAH NYANYUK?

Nampaknya Tommy rasa dia kebal dari segi undang-undang meskipun telah mengaku dan mendedahkan dalam bukunya bahawa terdapat dakwaan terpilih yang melibatkan tokoh politik, dan campur tangan berlebihan oleh cabang eksekutif kerajaan dalam sistem kehakiman. Sekarang Tommy menggunakan undang-undang untuk menafikan keabsahan undang-undang? Hakikatnya dialah, sebagai bekas Peguam Negara, telah membocorkan kegenjotan kerajaan PH dan sistem perundangan dan kehakiman negara dalam isu yang memperlihatkan amalan undang-undang rimba, tetapi kini bertindak kontradik untuk menolak siasatan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: