DENGKI DAN KHIANAT DESAK PH BATAL BANYAK PROJEK RAKYAT

Projek-projek tersebut bukannya projek kronisme sebagaimana projek mega Menara Kembar yang langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat sebaliknya menindas peniaga tempatan kerana harga sewa premis yang amat zalim. Kini mereka sibuk bersilat tentang projek kapal kombat LCS kendalian syarikat milik LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) iaitu Bousted Naval Shipyard (BNS) yang telah dibekukan oleh PH kemudian dituduh sebagai projek ‘halimunan’. PH gagal melihat bahawa ini adalah projek pertahanan serta kedaulatan negara.

DULU MUHYIDDIN LUDAH HSR, KINI DI PRN JOHOR, DIA JILAT BALIK

Malahan semasa Tun Mahathir berkuasa dan dia sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga menyokong  pembatalan projek berkenaan. Kenapa nak tunggu menang PRN Johor, bukankah dia sekarang yang mendominasi kerajaan PN meskipun dipimpin oleh Ismail Sabri? Hakikatnya, Muhyiddin sedar dan terdesak bahawa parti ciput katak PPBM itu akan kalah, mungkin selepas berjanji air percuma, dia akan berjanji pula hutang peneroka dimansuhkan, elektrik percuma, pendidikan tinggi percuma, lesen kenderaan percuma, beras percuma, cukai SST percuma dan semuanya percuma.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: