Malahan sumber pendedahan isu tersebut menyatakan bahawa “kes kehilangan RM25 juta itu hanya kes kecil” dengan ertikata ada kes yang lebih besar daripada itu. Sebagaimana dilaporkan pegawai yang dikatakan terlibat dengan kehilangan RM25juta itu disifatkan oleh kakitangan SPRM sebagai rapat dengan orang ternama dan diberikan gelaran ‘penyamun anak emas’. Sekiranya dia adalah anak emas, maka siapakah pemimpin ternama yang menjadi bapa emas itu?